in

5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini penggemar filem seram? Kebiasaannya, mereka yang gemarkan filem seram ini tidak mudah takut dan ‘kebal’ kepada elemen kejutan yang ada dalam filem.


Jika anda sedar, pernah berlaku kejadian penonton di panggung wayang meracau dan dirasuk ketika sedang menonton filem seram. Meskipun panggung wayang tersebut dipenuhi dengan penonton lain, bagaimanakah individu tersebut boleh tiba-tiba meracau?

Sebenarnya, ada beberapa filem yang dinasihatkan oleh orang ramai dan penggemar genre seram agar tidak ditonton seorang diri, meskipun pada waktu siang. Sebab apa? Tiada siapa yang tahu.

Berikut adalah 5 filem seram yang dinasihatkan untuk tidak ditonton seorang diri:

1. The Exorcist

Filem ini adalah adaptasi daripada kisah sebenar Roland Doe. Pada bulan Mac 1949, Roland Doe yang berusia 14 tahun tiba-tiba sahaja dirasuk oleh sesuatu yang tidak diketahui asalnya. Paderi pada ketika itu membuat upacara untuk menyembuhkan Roland, namun berlaku kejadian yang ganjil.

Nak tahu apa yang jadi? Tonton filem ini!

2. Kapalak Kizi

Kisah ini adalah adaptasi daripada kisah sebenar seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah di kampung.

Banyak kejadian aneh yang dihadapi oleh wanita ini di sekolah tersebut. Nak tahu apa yang terjadi? Tonton filem ini!

3. The Exorcism of Emily Rose

Filem ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang pekerja berbangsa Jerman, Aneliese Michel. Pada umur 16 tahun, dia tiba-tiba meracau dan dikatakan boleh melihat makhluk halus.

Pada mulanya, doktor menyangka itu hanyalah penyakit biasa dan boleh dirawat. Namun, kejadian lain pula yang terjadi. Di akhir filem ini, ada beberapa babak dan penerangan daripada pengarah tentang kejadian sebenar insiden ini. Wajib tonton!

4. Pengabdi Setan

Filem dari negara seberang ini berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana ibunya menghidapi satu penyakit aneh selama tiga tahun, sebelum dia meninggal dunia.

Kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu tiba-tiba muncul di rumah mereka. Pada mulanya, mereka menyangka roh itu hanya datang untuk melawat. Namun, ia datang untuk membawa mereka ke dunia yang lain.

5. 4bia

Filem seram Thailand ini berkisarkan tentang seorang gadis yang kesepian. Gadis ini berkenalan dengan seorang individu yang tidak dikenali melalui mesej, dan perasan akan sesuatu yang ganjil berkenaan individu itu.

Menariknya tentang 4bia, ia mengandungi empat kisah seram yang berbeza, dan kesemuanya boleh dikatakan memang boleh buat bulu meremang!

Kredit: TimeOut, ScreenRant

BACA: Tasik Pangong: Tasik Indah Yang Tercemar Kerana Babak Akhir Filem 3 Idiots

Untitled 1 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.