in

“450 batu nautika lagi…” – Konvoi Sumud Flotilla Kian Hampiri Kawasan Perairan Dikuasai Israel

Sumud Flotilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di saat genting menuju ke Gaza apabila konvoi mereka bakal memasuki kawasan perairan yang dikuasai Israel.

Menurut sukarelawan, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA, mereka kini menghampiri titik akhir pelayaran dari Crete, Greece dengan fokus kepada pelayaran tanpa keganasan.


“Sekarang ni kami berada pada jarak kira-kira 450 batu nautika, lebih kurang empat hari perjalanan lagi. Selepas 350 batu nautika zon antarabangsa, barulah konvoi GSF akan masuk terus ke pantai Gaza.

“Bila melintasi garisan 100 batu nautika terakhir, itu bermaksud kami sudah berada dalam kawasan jajahan Israel tanpa sebarang perlindungan kapal tentera laut Itali atau Sepanyol,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, Sabtu lalu.

Artikel berkaitan: Konvoi Global Sumud Flotilla Kini Berlayar Dari Tunisia Ke Gaza, Cabar Sekatan Israel Demi Sampaikan Bantuan Kemanusiaan

Artikel berkaitan: Fahami Perjuangan Global Sumud Flotilla, Berlayar Demi Harapan Rakyat Palestin

41758889560 GlobalSumudFlotill
Antara kapal yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla

Katanya, walaupun pelbagai teori dan kemungkinan dibincangkan serta latihan telah dijalani, namun selebihnya hanya diserah bulat-bulat kepada Allah SWT.

Jelasnya, misi kali ini tetap berpegang pada prinsip utama iaitu pelayaran secara aman untuk memecah kepungan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan serta ubat-ubatan kepada penduduk Gaza.

“Doakan kami sampai ke Gaza. Perjuangan ini bukan hanya untuk hari ini, tapi akan diteruskan sampai matlamat membebaskan Gaza tercapai,” kata ZRA.

Dalam masa sama, pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman turut menzahirkan keyakinan bahawa mereka sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami tak risau pun apa yang penjajah nak buat pada kami. Latihan sudah diberi, dan kami percaya 100% Allah ada bersama ha

mba-hamba-Nya,” katanya di platform Thread.

Misi GSF kali ini dijangka tiba di perairan Gaza hujung bulan ini. Selain Malaysia, konvoi turut disertai wakil dari Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan dan Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia pula bergerak di bawah panji Sumud Nusantara, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sumber: Facebook ZRA Strim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.