in

30 Tahun Beroperasi, Ramai Sedih Kedai di Ayer Hitam Musnah Terbakar

Page Terbakar 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
30 Tahun Beroperasi, Ramai Sedih Kedai di Ayer Hitam Musnah Terbakar
Loading
/

Admin pun sedih bila dapat tahu pasal ni. Tempat wajib singgah ni bila balik kampung di Johor Bahru!

Menurut Harian Metrosekurang-kurangnya lapan buah kedai di Jalan Ayer Hitam-Johor, Batu Pahat musnah dalam kebakaran pada pagi semalam. Allahuu!


G 2
sumber: twitter

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi dan dipercayai melibatkan kedai menjual pelbagai barangan yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada musim cuti.

G2
sumber: twitter

Kedai-kedai yang dah beroperasi sejak 30 tahun lalu memang sangat terkenal menjual pelbagai jenis kerepek, pasu dan perhiasan seramik lain, anak patung, makanan dan macam-macam lagi, lapor WORLD OF BUZZ.

G4
sumber: twitter

Menurut Utusan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, PPB Othman Baher berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut. Tetapi, kesemua kedai terbabit terbakar sepenuhnya. Mereka juga berjaya mengawal kebakaran tersebut selepas 25 minit beroperasi.

“Kebakaran melibatkan deretan lapan buah kedai serbaneka jenis sementara berkeluasan 100 x 20 kaki. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Tindakan pantas anggota mengawal kebakaran berjaya mengelak lebih banyak premis yang sederet tempat kejadian daripada turut terbakar.”

E
sumber: harian metro
G3
sumber: twitter

Sementara itu, seorang saksi, Ben Hamzah, 32, berkata api menyambar antara satu kedai ke kedai yang lain dengan cepat tanpa sempat orang ramai berbuat apa-apa.

“Saya melalui lokasi kejadian ketika itu, tiba-tiba nampak kepulan asap hitam menjulang ke udara sebelum api marak membakar kedai pertama.

“Tidak lama kemudian, kedai bersebelahan mula disambar api sehingga beberapa kedai lain turut sama terbakar.”

Orang ramai juga turut sedih dengan insiden ini memandangkan tempat tersebut merupakan antara destinasi yang menjadi tumpuan ramai.

T5
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, orang ramai tak perlu risau sebab hanya dereten kedai itu sahaja yang terbakar, manakala kedai-kedai lain masih beroperasi seperti biasa.

Ty
sumber: twitter

Kesiannya peniaga yang terlibat. Semoga diberikan kekuatan nak hadapi dugaan ni.

Baca: Bakeri Popular The Loaf Milik Dr M Tutup Semua Cawangan di Malaysia Pada April 12

D 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.