Baru-baru ini, berita menarik dari Thailand telah membuatkan ramai orang terkejut dan seperti tidak percaya.
Mana tidaknya, seorang wanita warga emas telah diberikan peluang kedua selepas dia tiba-tiba boleh berjalan semula.
Menurut media Thai Channel 8 News, wanita warga emas yang menghidapi kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain ini telah terlantar di atas katil selama tiga tahun dan tak boleh bangun.
Namun pada 24 November lalu, sekumpulan pasukan perubatan telah membantu wanita ini untuk mengambil dos pertama vaksin AstraZeneca.
Tanpa disangka-sangka, rasa sakit dan lemah di sendi kakinya selama tiga tahun lalu tiba-tiba hilang dan wanita ini boleh melangkahkan kakinya buat pertama kali selepas tiga tahun!
Selepas melihat keajaiban dirinya ini, wanita ini telah memberitahu berita baik ini kepada anaknya dan semua ahli keluarganya memang terkejut dan tak percaya.
Malah, pengarah hospital yang mengetahui tentang penyakit wanita ini pun turut tak percaya dengan apa yang didengarinya.
Jadi, pada 27 November, doktor ini bersama kumpulannya dan media telah datang ke rumah wanita tersebut untuk melihat keadaannya.
Apabila mereka sampai, nenek ini sendiri telah datang ke depan dan menjemput semua orang yang datang ke rumahnya.
Pengarah hospital tersebut membuat spekulasi bahawa vaksinasi itu mungkin telah merangsang sel di dalam badan, organ dan jantung wanita tersebut menjadikan dia lebih kuat.
Fenomena ini turut diperkuatkan bila wanita ini mendapat tahu yang anak-anak dan cucunya akan datang melawat sehingga wanita ini rasa bermotivasi untuk berjalan.
Bukan satu kes je
Untuk pengetahuan korang, kejadian yang lebih kurang sama turut berlaku di timur laut Thailand awal Oktober lalu.
Menurut Khaosod Online, seorang lelaki warga emas berusia dalam linkungan 70 tahun mendakwa yang dia telah sembuh dari penyakit selepas menerima vaksin Covid!
Sebelum ini, lelaki tersebut dikatakan telah mengalami masalah kaki selama bertahun-tahun dan tak mampu untuk berjalan seperti orang normal.
Bila pasukan perubatan dan media datang ke rumahnya untuk melihat keadaannya, lelaki tua ini telah membuktikan yang dia sihat dengan bermain Muay Thai. Amboi gempak betul!
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada pengesahan tentang kebenaran sama ada vaksin Covid-19 dapat menyembuhkan penyakit lain atau pun tidak. Apa-apa pun, kita memang tahu vaksin adalah cara yang paling efektif untuk melindungi diri kita dari virus Covid-19.
Baca: KJ Beri Bayangan Untuk Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi