Tiga orang pelajar mengeluarkan saman terhadap guru Bahasa Inggeris mereka kerana tidak hadir ke kelas selama 7 bulan dan mengganggu pembelajaran mereka.
Kes yang berlaku pada tahun 2015 itu akhirnya mencapai keputusan apabila tiga pelajar itu menang dan mendapat pampasan sebanyak RM 50,000 seorang.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kemenangan tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah itu akibat trauma yang dialami mereka.
Menurut laporan MalaysiaKini, Hakim Leonard David Shim menyatakan keputusan itu dilakukan selepas tiga pelajar tersebut dinafikan hak perlembagaan masing-masing iaitu untuk mengakses pendidikan oleh lima defendan.
Difahamkan, selain Mohd Jainal Jamran yang merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah itu, turut dinamakan sebagai defendan ialah mantan pengetua sekolah, Suid Hanapi; Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia dan kerajaan Malaysia.
“Tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran teras untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan untuk kemasukan ke mana-mana peringkat pendidikan atau universiti yang lebih tinggi.
Daripada keterangan yang ada, mahkamah mendapati bahawa pemberian ganti rugi nominal diberikan kepada setiap plaintif berjumlah RM30,000 kerana kehilangan peluang memperoleh gred yang baik dalam Bahasa Inggeris dan kehilangan peluang yang baik dalam hidup mereka untuk menerima yang lebih baik pendidikan pada masa hadapan,” kata hakim.
Sebagai info, ketiga-tiga pelajar itu mendakwa Mohd Jainal tidak hadir, datang lewat serta keluar awal dari kelas selama tujuh bulan iaitu antara Mac hingga Okt 2017.
Baca: Pelajar Saman Guru Bahasa Inggeris Gara-gara Tidak Masuk Kelas Selama 7 Bulan