in

3 Keturunan Positif Covid-19, Polis Letak Sepanduk ‘Zon Pengawasan’ Di Rumah Amitabh Bachchan

Ab3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan pengumuman daripada 4 anggota keluarga bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan dan terbaru Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya Aaradhya yang kini disahkan menghidap positif Covid-19, kediaman mereka sekeluarga kini dalam pemantauan.


Pihak polis telah memasang sepanduk yang bertulis ‘Zon Pengawasan’ di hadapan rumah mereka. Amitabh dan Abhishek mengalami gejala ringan dan kini dilaporkan sedang dirawat di hospital. Lapor BBC.

 

 

3 keturunan kena Covid-19

Walaubagaimanapun, Aishwarya dan Aaradhya tidak mengalami sebarang gejala. Jadi, menerusi Twitter Abhishek, mereka dan anggota keluarga lain kini sedang kuarantinkan diri di rumah.

Susulan itu, pihak polis telah memasang sepaduk ‘Zon Pengawasan’ di rumah mereka. Menerusi India TV, seluruh kawasan rumah termasuk di kawasan taman halaman mereka disanitasi.

Ecsom1Vu0Aa5Tk Ecson5Uvcaumtza Ecspuhyuwaagrto

Terdahulu, Amitabh Bachchan ada muat naik tweet pada Sabtu lepas (11/7/2020) mengumumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 dan segera dikejarkan ke hospital.

Dia menyeru kepada setiap orang yang ada melakukan kontak dengan dia dalam masa 10 hari terakhir terakhir untuk menjalani pemeriksaan.

Pengumuman daripada aktor lagenda 77 tahun yang telah membintangi 200 filem itu telah mendapat sokongan moral para peminat termaksuklah Menteri Kesihatan India, Harsh Vardhan.

Katanya, beliau turut mendoakan agar pelakon ternama dan ikonik industri hiburan Bollywood ini segera sembuh.

 

Baca : Lepas Bapa Mertua & Suami, Aishwarya Rai & Anak Pula Disahkan Positif Covid-19

Aisyawarya

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.