in

3 Individu Terlibat Ritual Kuda Kepang Akan Didakwa Hari Ini

Kuda Kepang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga individu akan didakwa di Mahkamah Syariah Batu Pahat pada Sabtu susulan penularan video memaparkan ritual kudang kepang dipercayai berkaitan ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pertuduhan itu merupakan tindakan segera hasil siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Screenshot 2025 08 30 at 2.39.51 PM

Artikel berkaitan: “Macam kuda kepang je”- Pertandingan Vegan Horse Riding Di Finland Ini Jadi Perhatian Netizen

Artikel berkaitan: Wanita Jadi Kuda Elak Tekanan Pergi Kerja, Siap Suruh Rakan Tunggang Di Belakang

Kerajaan negeri sebelum ini mengarahkan siasatan menyeluruh selepas rakaman berkenaan tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita melakukan ritual kuda kepang di kawasan terbuka dengan paluan gong serta alunan muzik.

Turut kelihatan dalam rakaman itu, dua lelaki dipercayai mengalami kerasukan manakala beberapa peserta lain didakwa sedang menyembah sesuatu, disaksikan orang awam yang berada di lokasi.

Mohd Fared menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ajaran sesat dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga kesucian agama Islam di Johor.

Sumber: Astro Awani

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.