in

3 ‘Con Artist’ Paling Terkenal Di Dunia & Cara Licik Mereka Memperdayakan Duit Mangsa

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, perkataan “con artist” atau “conman” datang dari salah satu penipuan terawal dalam sejarah Amerika oleh seorang lelaki dengan nama William Thompson. Pada tahun 1849, William telah ditangkap selepas berjaya menipu beberapa pejalan kaki untuk meminjamkan barang berharga mereka sebelum dia hilangkan diri.


William telah dikenali dengan nama “the confidence man” yang kemudiannya disingkatkan kepada “con man” oleh pihak berkuasa tempatan. Hampir kesemua con artist mempunyai personaliti yang menawan dan pandai bercakap.

Sehingga ke hari ini, con artist masih wujud dan banyak yang menggunakan internet untuk menipu orang. Walaupun orang sekarang lebih berhati-hati, penipu seperti ini masih mampu memperdayakan orang. Jadi, dekat bawah ni min senaraikan con artist paling terkenal di dunia dan cara licik mereka memperdayakan orang.

1. Charles Ponzi

Charles Ponzi

Harini ini, nama “Skim Ponzi” digunakan untuk menggambarkan operasi pelaburan yang salah di sisi undang-undang. Tapi sebenarnya nama ini berasal dari Charles Ponzi yang mendakwa skim pelaburan US$15 jutanya boleh membuatkan orang berpendapatan sederhana bertukar menjadi jutawan dalam sekelip mata. Hakikatnya, skim tersebut hanya menjadikan Ponzi sebagai jutawan.

Charles Ponzi merupakan pendatang dari Itali yang telah tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1903. Seperti pendatang lain yang datang ke Amerika, Ponzi telah cuba mencari peluang pekerjaan. Dia telah membuat pelbagai pekerjaan sehingga dia berjaya mendapatkan kerja di Bank Zarossi yang pelanggannya terdiri dari pendatang dari Itali.

Apabila bank tersebut bankrap, Ponzi telah kehilangan mata pencarian membuatkan dia mula melibatkan diri dalam aktiviti memalsukan cek serta membuat penyeludupan haram sehingga dia dimasukkan ke dalam penjara.

Selepas dibebaskan, Ponzi telah diperkenalkan dengan sistem kupon pos antarabangsa. Lelaki ini telah mengeksploitasi sistem tersebut dengan membeli kupon pos dalam kuantiti yang banyak dari negara-negara ekonomi lemah dan menebusnya di negara dengan ekonomi yang kuat. Ponzi menjalankan skimnya ini di bawah syarikatnya, Securities Exchange Company.

Ponzi telah melatih ejen-ejen untuk menarik pelabur-pelabur berpotensi dengan memberitahu mereka yang duit mereka akan digandakan termasuk faedah dalam masa 45 hari. Ejennya akan mendapat komisyen sebanyak 10 peratus untuk setiap pelabur yang berjaya mereka masukkan manakala “subagen” pula akan mendapat lima peratus.

Im 244753

Skim Charles Ponzi ini semakin membesar apabila pelabur-pelabur ini telah melaburkan wang mereka kepada perniagaannya. Namun begitu, wang tersebut dia telah masukkan dalam poket sendiri daripada digunakan untuk menghantar kupon pos. Sebahagian dari wang tersebut juga turut digunakan untuk membayar pelabur awal sekaligus mewujudkan kitaran tak menguntungkan.

Penipuannya ini telah berjaya menarik sebanyak lebih 40,000 pelabur menjadikan lelaki ini jutawan dalam masa kurang dari enam bulan. Dia dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak US$8.5 juta, mempunyai rumah agam 12 bilik, beberapa kereta, pekerja-pekerja di rumah dan tongkat pemegang emas.

Berita kekayaan Ponzi dan dakwaan palsu yang dia boleh membuatkan orang kaya macam dirinya telah menarik lebih ramai pelabur dan juga penyiasat persekutuan. Akhirnya, publicist Ponzi, William McMasters yang telah mendedahkan skim penipuan ini dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ponzi kemudiannya dimasukkan ke dalam penjara pada 1922 sebelum dibebaskan pada 1934 dan dihantar balik ke Itali sebelum dia meninggal di hospital pada 1949 dengan duit berbaki US$75.

Aku datang ke negara ni dengan hanya US$2.50 dalam tangan dan US$1 juta harapan. Dan harapan tersebut tak pernah padam.” – Ponzi

2. Sylvia Browne

Sylvia Browne Predictions Coronavirus

Sylvia Browne telah digelar sebagai “psikik Amerika paling kontroversi”, dia telah membuat keuntungan dengan menjual harapan palsu kepada ibu bapa kanak-kanak hilang.

Dilahirkan sebagai Sylvia Shoemaker pada 19 Oktober 1936 di Kansas, wanita ini mendakwa kelebihan psikiknya telah bermula ketika dia masih lagi bayi.

Sylvia telah mendapat keuntungan dengan meminta bayaran kepada pelanggannya sebanyak US$850 untuk tanyakan soalan tentang kehidupan mereka di telefon selama setengah jam. Dia mendakwa dia boleh lihat ke masa lalu dan bercakap dengan orang yang dah mati serta mengatakan telah banyak membantu pihak polis menyelesaikan banyak jenayah.

Sylvia Browne mula terkenal apabila dia telah menjadi tetamu tetap untuk rancangan The Montel Williams Show, di mana dia telah memberi firasat dan maklumat tentang kehilangan kanak-kanak kepada ibu bapa dan kadang-kadang memberitahu yang kanak-kanak tersebut telah pun meninggal dunia.

4D3Bb393Aaec5.Image

Salah satu “tilikannya” yang terkenal adalah apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, Opal Jo Jennings telah diculik dari laman rumah atuk dan neneknya di Texas pada tahun 1999. Sylvia memberitahu bahawa kanak-kanak ini masih hidup dan telah dibawa ke Jepun untuk dijadikan hamba di sebuah tempat bernama Kukouro.

Namun begitu, tilikannya ini dibuktikan palsu apabila mayat kanak-kanak ini ditemui telah ditanam di kawasan Fort Worth, Texas dan hasil bedah siasat mengatakan Opal Jo telah dibunuh dan ditanam pada hari yang sama dia diculik. Malah nama tempat di Jepun, “Kukouro” itu pun sebenarnya tak wujud.

Sebanyak 115 tilikan yang dibuat dari kaca TV mengenai kanak-kanak hilang yang dibuat oleh Sylvia, 25 daripadanya salah dan 90 yang lain pula kekal tak terjawab.

Pada 1992, Sylvia telah ditahan atas dakwaan penipuan pelaburan dan mencuri kenderaan dan dijatuhkan hukuman membuat khidmat masyarakat selama 200 jam.

Walaupun dia telah membuat tilikan palsu, wanita ini kekal popular dan telah mengeluarkan sebanyak lebih 50 buku dan kekayaannya datang dari tilikan yang dibuat dari telefon dan konsultasi kepada ibu bapa yang kehilangan anak.

Pada tahun 2008, Sylvia telah meramalkan bahawa satu pandemik akan melanda di mana dia mengatakan dunia akan dibelenggu dengan penyakit seperti pneumonia.

Sylvia telah menjalankan kehidupannya sebagai seorang psikik sehingga dia meninggal dunia pada 2013 di usia 77 tahun. Ironinya, dia telah tersilap menjangka kematiannya sendiri di mana sebelum ini dia meramalkan bahawa dia bakal hidup sehingga usianya 88 tahun.

3. Victor Lustig

Count Victor Lustig

Victor Lustig merupakan seorang con man yang sangat licik sehinggakan apabila dia ditangkap, ejen secret service mengatakan padanya “kau adalah con man yang paling smooth pernah wujud“. Mana tidaknya, Victor Lustig ini terkenal sebagai con artist yang berjaya “menjual” Menara Eiffel di Perancis sebanyak dua kali.

Penipuan pertamanya dibuat selepas Victor berhenti dari kolej di usia 19 tahun, dia telah menaiki sebuah kapal yang merupakan pengangkutan pilihan golongan kaya pada ketika itu. Dengan kelebihannya boleh bercakap beberapa bahasa, personalitinya yang tenang dan penampilannya yang rapi, Victor mudah untuk bergaul dengan ahli-ahli perniagaan di atas kapal. Ketika inilah dia memulakan penipuannya dengan menjual “kotak duit”.

Victor akan mulakan penipuannya dengan bercakap dengan beberapa ahli perniagaan sebelum dia mendedahkan “kotak duit” yang dia dakwa boleh mengeluarkan wang. Dengan bantuan rakannya, Dan Collins, Victor akan membuat demo kepada penontonnya dengan memasukkan wang kertas berjumlah 100 dolar ke dalam slot mesin tersebut.

Selepas “proses kimia” mesin ini akan mengeluarkan dua wang kertas 100 dolar tersebut. Tapi hakikatnya, wang yang dikeluarkan dari kotak tersebut adalah wang palsu. Pun begitu, dia berjaya mendapat berpuluh-puluh ribu hasil jualan dari orang yang mempercayainya.

Victor Lustig

Pada 1925, Victor kemudiannya pulang ke Paris untuk memulakan penipuan terhebatnya iaitu menjual Menara Eiffel. Caranya, Victor telah menyamar sebagai pegawai kerajaan Perancis dan menghantar surat dengan lambang kerajaan. Dia mendakwa bahawa kerajaan sedang mencari pembida tertinggi untuk membeli besi Menara Eiffel yang bakal dirobohkan.

Ekoran kesalahan kejuruteraan dan kos memperbaikinya terlalu tinggi serta masalah politik yang tak boleh didedahkan, perobohan Menara Eiffel ini perlu dibuat.”

Dia berjaya menipu industri besi buruk di negara tersebut selepas ramai ahli perniagaan mula membuat pembidaan untuk membeli besi menara ikonik itu.

Victor kemudiannya meneruskan penipuannya di Amerika Syarikat sebelum dia masuk ke dalam radar Secret Service. Penipuannya berakhir pada 28 September 1935 apabila dia ditangkap oleh ejen FBI selepas berlaku adegan kejar mengejar menggunakan kereta di Pittsburgh, Pennsylvania.

Victor telah diberikan hukuman penjara selama 20 tahun dan dimasukkan ke penjara Alcatraz. Penipu licik ini telah meninggal dunia pada 1947 selepas dijangkiti penyakit paru-paru berair ketika di dalam penjara.

Orang memang sanggup menipu untuk duit kan?

Sumber: ati

 

Baca: 5 Kes Banduan Larikan Diri Dari Penjara Ni Memang ‘Confirm’ Buat Korang Cemas!

Screenshot 2023 07 26 At 5.00.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.