in

3 Beranak Termasuk Wanita Hamil 7 Bulan Selamat, Tak Cedera Langsung Walaupun Kereta Terbabas Dalam Gaung

Ft Kemalangan 3 Beranak Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami, isteri and seorang lagi anak mereka yang berusia 3 tahun selamat dan tidak ada sebarang kecederaan biarpun kereta yang mereka naiki itu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Gunung Inas, Kedah semalam.


Ketua Polis Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam dan keluarga itu dalam perjalanan dari Kampung Baru Kuak Luar di Pengkalan Hulu ke Baling dengan menaiki kereta Honda City.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Buat Bedah Siasat Walau Dah Tahu Meninggal Dunia Sebab Kemalangan

Artikel berkaitan : Hadiah Kek & Telekung Jadi Kenangan Terakhir Buat Ibu Pelajar Malaysia Yang Terkorban Dalam Kemalangan Di New Zealand

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, wanita yang dikenali sebagai Nur Raihan Rumli telah hilang kawalan ketika sedang menuruni bukit lalu terjunam ke gaung di kanan jalan menyebabkan kereta itu rosak teruk.

Screenshot 2024 04 26 114221

Jelas Shamsudin lagi, Nur Raihan, suaminya Abdul Jalal Mat Zaini, 26 tahun, dan anak lelaki mereka Muhammad Adib Kamali Abdul Jalal tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, wanita itu dimasukkan ke zon merah Hospital Baling untuk pemerhatian kerana dia mengandung tujuh bulan.”

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud, berkata pasukan penyelamat menggunakan tali untuk turun ke gaung bagi menyelamatkan mangsa.

Kesemua mangsa telah diselamatkan dan kemudian diberi rawatan sebelum dibawa ke Hospital Baling.

Ajal maut di tangan Tuhan dan tiada siapa dapat menghalangnya. Kalau bukan waktunya memang macam mana sekalipun pasti akan selamat, semoga mangsa baik-baik saja.

Sumber : Berita Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.