in

“3 4 kali robohkan & bina balik” – Lelaki Belanja RM845,000 Untuk Bina Replika Taj Mahal Buat Isteri

Ft Tajmahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menunjukkan rasa cinta terhadap isterinya, si suami membuat satu mahligai indah.


Anand Prakash Chouksey, 52, seorang pemilik hospital telah membina replika Taj Mahal buat isterinya.

 

Bina, robohkan balik, kalau tak sama dengan Taj Mahal

Tajmahal

Menerusi The Washington Post, pada mulanya dia hanya bergurau kepada isteri untuk bina Taj Mahal apabila dia meninggal dunia, namun isterinya tolak.

Namun Anand binakan replika Taj Mahal itu untuk dia tinggl. Untuk membina replika tersebut ia mengambil masa selama 3 tahun.

Untuk mendapatkan ukuran yang tepat, pasangan ini sanggup pergi melawat Taj Mahal sebenar.

Malah, anak kepada Anand menceritakan bahawa pembinaan replika itu menjalani beberapa proses, mereka bina dan runtuhkan balik semata-mata ingin dapatkan skala yang tepat bahkan ada beberapa bahagian dibina sebula 3 ke 4 kali.

Tajmahal 2

Isteri kepada Anand juga turut memantau dalam pembinaan replika Taj Mahal tersebut.

“Permintaan isteri saya hanyalah satu bilik meditasi memandangkan dia seorang yang warak.”

Jadi, dia bina bilik meditasi dan menyatakan bahawa itu adalah lokasi paling bagus dalam rumah baru mereka.

Selain bilik meditasi, mahligai ala Taj Mahal itu juga mengandungi 4 bilik dan satu perpustakaan.

Menurut RTE, ukiran dan corak dari Makrana yang digunakan dalam rumah tersebut ada corak yang sama seperti Taj Mahal tulen.

Tajmahal 3

Replika ini terletak di Burhanpur, jaraknya kira-kira 800Km dari Taj Mahal asli. Kesemua perbelanjaan memakan RM 845,000.

Ada sesetengah lelaki jarang luahkan yang dia sayangkan seseorang, mereka lebih suka ‘tunjuk’ kepada pasangan mereka untuk menyatakan jika dia betul-betul sayang pada orang itu. 

 

Baca : Macam Taj Mahal Tapi Di Kedah, Istana Sepachendera Lambang Cinta Sultan Kedah Kepada Isterinya Yang Dibina Dengan Putih Telur &  Madu

Sepachendera

Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.