in

8 Pulau Cantik Di Johor Wajib Dikunjungi Bila Dah Boleh Rentas Negeri

10 Pulau Menarik Malaysia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kita dah nak boleh rentas negeri, korang dah fikir dah nak bercuti dekat mana? Asyik pergi pulau mainstream je, korang mesti nak try pergi pulau yang lain pula kan? Jom survey 8 buah pulau menarik di negeri selatan Malaysia, Johor!


Menerusi laman twitter @arifeddy12, ada 8 buah pulau cantik di Johor yang masih ramai orang tak tahu. Jom kita survey guys!

20200616 095517 Resized Blog

 

Pulau Rawa

Rawa Island Johor Malaysia 1080X675 1

Pulau Rawa ni antara pulau tercantik di Malaysia. Hanya ada dua resort je dekat sini. Tapi, selain daripada view laut yang cantik, pulau ini juga terdapat gelongsor air terbuka untuk semua pengunjung!

Pulau Sibu

Bagus Place Retreat Pulau Tioman 800X600 1

Jangan ingat Pulau Sibu ada dekat negeri Sabah je, Johor pun ada Pulau Sibu yang tak kurang cantiknya dengan pulau-pulau di Borneo. Korang boleh berjemur, snorkeling, scuba diving, jungle trekking dan macam-macam lagi aktiviti boleh buat dekat sini. Best ni kalau datang dengan kawan-kawan.

Pulau Harimau

Pulau Harimau Johor

Nama pulau ini agak menyeramkan ya, tetapi…Pulau Harimau ini ada view yang sangatlah cantik dari atas puncaknya. Korang boleh tengok view gua besar Pulau Harimau ni memang worth it gila! Sedap mata memandang.

Pulau Tinggi

Turtles In Pulau Tengah

Kalau korang teringin nak tengok penyu, orang Johor tu takpayah dah susah-susah jalan jauh ke Terengganu sebab Pulau Tinggi ini merupakan tempat penetasan penyu. Selain itu, korang pun boleh jungle trekking dan mendaki untuk ke air terjun. Paling best, kalau korang decide nak stay bermalam, korang boleh try lawatan bot di area hutan bakau untuk tengok kunang-kunang.

Pulau Aur

Sam 5287A 1024X683 1
Samsung csc

 

Asalnya, pulau ini sebenarnya hentian nelayan je, tapi sekarang banyak aktiviti pelancongan yang boleh kita nikmati bersama family dan kawan-kawan. Walaupun pulau ni kecil je, tapi pulau ini ada banyak spot menarik untuk siapa yang suka sangat atau teringin sangat nak snorkelling! Must try lah!

Pulau Tengah

As1A6835A 1

Pulau ini ada satu je resort ekslusif, Batu-Batu Private Island Resort yang menawarkan macam-macam jenis villa. Sesuai sangat untuk korang yang dah kahwin musim pkp tu tapi belum sempat lagi nak honeymoon.

Pulau Dayang

Dayang Island Johor

Dikatakan sebagai salah satu syurga bumi, pulau ini sangat kaya dengan pemandangan yang indah dan sesuai untuk korang yang perlukan ‘me time’. Confirm korang dapat ‘healing time’ yang tak boleh dilupakan kalau korang datang sini.

Pulau Besar

Pulau Besar 12

Last sekali, pulau cantik Johor yang sering dikenali dengan Pulau Babi ini mempunyai pelbagai jenis resort yang menyediakan permandangan yang sangat memukau. Selain Pulau Tioman, pulau ini juga dianggap sebagai taman laut yang wajib dikunjungi oleh pencinta laut.

So, kalau korang rasa dah bosan sangat ke Langkawi atau Perhentian, boleh tanya Abang Arief ini tentang details trip pulau-pulau menarik Johor. DM je @arifeddy12 dekat Twitter atau boleh contact terus beliau di nombor 019-7293100.

Selamat bercuti guys! Tapi jangan lupa patuhi SOP juga!

Baca: Lengkap dua dos vaksin, boleh bercuti di Langkawi-MB Kedah

01 1

Sumber: Relaxpenang
Sumber: sgmytaxi.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.