in

“23 tahun tapi dialog macam TV Pendidikan” – Anggap Gerak Khas Masih Relevan, Netizen Kritik Yusof Haslam

Dialog Gerak Khas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya tidak lama dulu, siri drama TV yang paling lama di Malaysia berura-ura bakal melabuhkan tirainya setelah tamat siri Gerak Khas Finale yang ditayangkan di TV3.


Pun begitu, Datuk Yusof Haslam selaku penerbit bagi Skop Production telah membuat kejutan apabila menerbitkan satu lagi drama terbaru dengan menggunakan judul Gerak Khas Undercover yang akan ditayangkan pada Jumaat ini.

Drama Gerak Khas Undercover Tv3

Menurut Harian Metro, Yusof berpendapat jenama Gerak Khas wajar dikekalkan kerana ia sudah begitu kukuh dan sangat dekat serta dikenali penonton sehingga berjaya diterbitkan selama 23 tahun ini.

“Pada awal penerbitan Gerak Khas dulu, seingat saya Erra Fazira masih sangat muda lagi. Sekarang, banyak sudah berubah.

“Apapun selepas tayangan Gerak Khas Finale di TV3 berakhir, permintaan untuk drama ini tetap ada dalam kalangan penonton. Cuma, seiring dengan peredaran zaman saya fikir perlu dihasilkan dengan suntikan nafas baharu,” katanya yang juga menambah idea drama ini dicetuskan oleh anaknya, Syafiq Yusof.

 

“Cuba buat relax sikit cerita ni. Serious sangat, dialog macam buku teks” 

Walau bagaimanapun, berita tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada netizen yang beranggapan skrip atau dialog di dalam siri Gerak Khas ini dilihat agak kaku dan terlalu serius.

Malah ada juga yang berpendapat jalan ceritanya kurang menarik dan terlalu banyak kebetulan berlaku antara polis dan penjahat.

Komen Gerak Khas

 

“Hai Lingam… happy nampak pagi ni?” 

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang memerli dialog tipikal yang sering ada di dalam skrip drama Gerak Khas. Rasanya korang pun familiar kot kalau baca apa yang netizen komen ni… 

Skrip Gerak Khas

Apa-apapun admin yakin kalau siri ini diolah menjadi lebih menarik pastinya ramai yang akan menonton dan support sebab siri ini pun boleh tahan ramai pengikutnya sejak dari dulu lagi.

Gerak Khas Undercover bakal ditayangkan di TV3 pada Jumaat ini jam 10.30 malam. 

Baca: “Terus U-Turn member” – Netizen Terhibur Lihat Penunggang Motosikal U-Turn Sangka Pelakon Gerak Khas Polis Betul

Gerak Khas

Sumber: Blog
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.