in

2 Remaja Tidak Pakai Topi Keledar ‘Keras Beku’ Dikepung Polis

cats 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Undang-undang jalan raya menetapkan penunggang dan pembonceng motosikal wajib memakai topi keledar untuk. Namun, kadang kala ada yang masih mengingkari arahan ini dan membahayakan nyawa di atas jalan raya.

Terbaharu, sebuah video klip tular di media sosial Indonesia memaparkan dua remaja tidak memakai topi keledar seolah-olah beku apabila mereka dikelilingi oleh sekumpulan polis di lampu isyarat. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah bandar di Indonesia.


Menerusi video tersebut, dua remaja tersebut kelihatan berdebar apabila ‘dikepung’ oleh tiga anggota polis yang turut berhenti di lampu isyarat yang sama. Turut kelihatan mereka sesekali menolah ke kiri dan kanan ketika diperhatikan oleh polis tersebut.

Bagaimanapun, anggota polis tersebut dilihat tidak menegur atau mengambil apa-apa tindakan ke atas remaja tersebut. Sebaliknya, mereka hanya tersenyum dan memandang kamera ketika dirakam.

Video tersebut ternyata tular di media sosial, rata-rata warganet mendakawa bahawa tiga anggota polis itu melanggar peraturan jalan raya kerana motosikal yang dinaiki mereka tidak mempunyai nombor plat dan cermin sisi.

“Polis yang menunggang motosikal Yamaha di depan juga tiada nombor plat,” tulis seorang netizen.

Semoga remaja tersebut mengambil pengajaran di atas insiden ini dan mengutamakan keselamatan jalan raya.

Tonton video penuh di sini.

Kredit: Kosmo

BACA:Lelaki Belasah Isteri Guna Helmet Ditahan Polis, Rupanya Positif Dadah

Screenshot 2023 07 16 162555

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.