in

“Ni tak ada common sense” – Netizen Troll Jiran Ini Sebab Sidai Baju Sampai ke Pagar Rumah Sebelah

5Jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berjiran ni kena saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain. Tak elok kalau kita bermasam muka, kan lebih elok kalau saling bertegur sapa, nak minta tolong tengokkan rumah waktu kita balik kampung atau bercuti pun tak ada lah segan sangat kan.


Haa.. kali ni admin nak share pasal kisah jiran ni. Bukan nak menyibuk apa-apa, tapi admin nak cerita pasal jiran ni sidai kain sampai ke rumah sebelah. Admin tak tahu kejadian ni berlaku dekat mana, tapi korang tengok lah tweet dekat bawah ni.

Screen Shot 2019 10 06 At 4.19.43 Pm Screen Shot 2019 10 06 At 4.20.05 Pm

 

Tak ada common sense

Macam mana lah orang ni boleh tak perasan dia sidai baju sampai masuk kawasan rumah jiran. Kalau setakat kasut sekolah letak atas tiang tu admin boleh terima lagi, ni sampai atas pagar rumah orang, tak beragak  dah ni. Memang mintak kena troll dengan netizen lah ni

Screen Shot 2019 10 06 At 4.20.26 PmKalau dapat pulak dia jenis basuh baju seminggu sekali, selagi boleh sidai, memang dia akan sidai sepanjang-panjangnya. Walau sampai sempadan Siam sekali pun, tetap akan sidai. 

Screen Shot 2019 10 06 At 4.20.55 PmWatt rendah tu macam menarik je idea tu. Takdelah sampai terus kejung macam tu. Renjatan manja-manja sikit, just nak bagi sel-sel otak tu berhubung je. 

Screen Shot 2019 10 06 At 4.21.23 PmBagi kucing pakai. Nice idea. Kalau dapat owner rumah tu bela kambing atau lembu, boleh bagi haiwan ternakan dia pakai gak. Baru jiran tu tahu, jangan sesuka hati sidai baju dekat pagar orang.

Screen Shot 2019 10 06 At 4.21.53 PmIni kejam, secara halus yang kejam. Berpijar ketiak dengan kelengkang jiran tu. Dapat pulak sembur dekat seluar dalam kan, pergh memang tak sidai dah dekat rumah orang. 

 

Baca: “Buat perangai tunjuk bunt*t” – Makcik Tunjuk Punggung Lepas Kena Marah Betulkan Paip Jiran?

Screen Shot 2019 10 06 At 4.36.03 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.