in

19 Hari Prebet Syafiq Hilang Di Hutan, Panglima Tentera Darat Tak Nafi Ada Elemen Mistik

Perebet Syafiq Hilang Unsur Mistik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh pada hujung minggu lalu apabila Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim yang dilaporkan hilang di hutan sejak 19 hari lalu ditemui dalam keadaan selamat.


Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS), itu ditemui selamat pada pukul 11.29 pagi Sabtu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu.

Dalam pada ramai yang bersyukur termasuklah ahli keluarga dengan penemuan Muhammad Syafiq, ada segelintir pihak yang mengaitkan kehilangan prebet itu dengan elemen mistik.

Artikel berkaitan: Prebet Muhammad Syafiq Hilang Sejak 18 Jun Lalu Ditemui Selamat

Artikel berkaitan: Pendaki Gunung Dedah Konon Wujud 3 Buah Kampung Makhluk Halus Di Bukit Broga?

Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dalam satu sidang media berkata, pihaknya tidak menafikan berlakunya kejadian mistik namun sukar untuk membuktikannya.

“Kita tak boleh nafikan tidak kira berapa maju kita dalam sains dan teknologi elemen itu tetap ada tapi adalah sukar untuk kita membuktikannya.

“Sebab itulah dalam usaha kita membuat pencarian ini, kita menggunakan cara konvensional dengan teknologi yang ada dan sebagainya dan kita usaha juga menggunakan cara-cara tradisional dengan minta bantuan ustaz-ustaz serta pada masa sama melibatkan penduduk setempat yang mungkin lebih arif dan faham dengan keadaan di situ,” katanya.

Menerusi laporan Kosmo!, prebet Muhammad Syafiq cuma mengatakan dirinya hilang selama dua hari sahaja sedangkan pasukan SAR mengambil masa yang begitu panjang untuk menemuinya.

Muhammad Syafiq ditemukan dalam keadaan selamat serta lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi pada Sabtu selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Setakat ini, keadaan kesihatan fizikal, mental dan spiritual Muhammad Syafiq masih dipantau sehingga beberapa hari lagi sebelum dibenarkan bercuti di kampungnya di Baling, Kedah.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.