in

19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Buat ‘Meeting’ Rahsia Rancang Nak Serang Sabah Tahun Depan?

Collage 14

Gempar semalam bila South China Morning Post (SCMP) melaporkan terdapat satu mesyuarat rahsia yang dihadiri oleh 19 datuk bandar telah diadakan di Selatan Filipina bagi membuat rancangan untuk membuat serangan ke atas Sabah.

Menerusi laporan tersebut, dikatakan satu sumber telah memberitahu majalah Post’s This Week In Asia bahawa mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember lalu itu diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di Selatan Filipina bagi merekrut 600 orang individu untuk menyerang Sabah.

Dikatakan juga rancangan ini berpotensi menjadi kenyataan sekiranya terdapat banyak sokongan politik dan dana diperolehi.

81388300611 Freesize

Difahamkan, Februari 2022 telah dipilih sebagai hari untuk menyerang Sabah bagi ‘memperingati’ pencerobohan Lahad Datu pada 2013 dan didorong oleh kegagalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan dengan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu hak ke atas Sabah.

Sumber tersebut memberitahu lagi, seramai 150 sehingga 200 pengintip telah diarahkan untuk ke Lahad Datu dan Semporna bagi mengintip kawasan di sana dan menyebut kemungkinan dua pantai utama itu bakal menjadi kawasan pertama yang akan mereka cerobohi.

Laporan tak benar

Pondoksabaha1 1637053402

Bagaimanapun, polis Sabah dan tentera Filipina telah menolak dakwaan laporan dari SCMP itu sebagai tak benar.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah mengatakan tiada sebarang maklumat diterima mengenai perancangan ini dan kawalan di maritim sentiasa diperketatkan.

Laporan tersebut tak benar, bagaimanapun kami sentiasa mempertingkatkan kawalan maritim.

Mungkin boleh tanya dorang mana dapat maklumat tu. Saya pun nak tahu… Tapi ia tak betul.

Berita angin macam ni tak bagus kerana ia boleh menyebabkan panik dikalangan orang ramai.”

Selain itu, tentera Filipina juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai laporan rancangan untuk menyerang Sabah ini.

Memang ada mesyuarat ketua-ketua Sulu diadakan, tapi ia tak ada kena mengena dengan Sabah mahu pun Malaysia.”

Bagaimanapun, Idris menegaskan walaupun laporan ini tak benar, pihaknya tak akan ambil ringan mengenai perkara ini, lapor FMT.

 

Baca: “Degil sangat kan!” – Rakyat Filipina Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’ Kena Sumbat Dalam Kandang Anjing

Screenshot 2021 12 10 At 12.49.48 Pm

Sumber: Astro Awani
Sumber: Harian Metro