Semalam, satu video rakaman reaksi ahli keluarga Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair dikongsikan di laman Instagram adik Allahyarham — Adam Sinclair, @adamyousofunny.
Ia merakamkan koleksi reaksi mereka, ketika lagu khas nyanyian BCL buat suami tercinta diperdengarkan dahulu kepada keluarga terdekat — sebelum ia mula direlease untuk peminat.
https://www.instagram.com/p/CCx6ObcDXMG/
Hari ini, muzik video lagu berjudul ’12 Tahun Terindah’ itu turut dimuatnaik di channel YouTube BCL — dan setakat artikel ini ditulis, ia telah mendapat hampir 500k tontonan.
Ribuan maklum balas di ruangan komen pula, dipenuhi dengan kata-kata semangat peminat buat BCL dan anaknya Noah. Tidak kurang, ramai juga yang berkata lagu tersebut benar-benar menyentuh jiwa sehingga membuatkan mereka turut menangis.
Apa tidaknya, keseluruhan muzik video itu hanya dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan BCL bersama arwah suami tercinta ketika hayatnya.
Februari lalu, Ashraf dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta pada usia 40 tahun.
Baca: “Mahu berdampingan dengan suami” – BCL Tempah Liang Lahad Untuk Ditempatkan Di Sisi Ashraf Sinclair