in

“12 sem projek tak siap” – UM Tepis Dakwaan ‘Sailang’ Projek, Dakwa Calon PhD Bermasalah

Ft Calon Phd Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan dakwaan seorang calon PhD yang mendakwa hasil projek miliknya telah diambil oleh penyelia tanpa kebenaran yang tular baru-baru ini, pihak Universiti Malaya telah telah tampil memberikan respon dakwaan calon tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak UM menafikan pertuduhan tersebut. Menurut Berita Harian, Pejabat Komunikasi Korporat dari universiti terbabit telah pun membuat laporan polis di Brickfields.


Dalam pada itu, pihak UM juga sedang mengkaji  tindakan perundangan bersesuaian terhadap pelajar antarabangsa berusia 34 tahun dari Yaman itu.

“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.”

“Bagaimanapun (dalam isu ini) universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.”

Dalam pada itu, pihak UM juga turut mengadakan beberapa sesi kaunseling buat calon tersebut dan melantik penyelia tambahan untuk membantunya.

Bagaimanapun, calon itu didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh lanjutan yang diberi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu dan menyatakan bahawa kes itu akan dirujuk ke cawangan Cheras.

Screenshot 2022 08 29 132326 1

Sebelum ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan sendiri, dia juga mendakwa bahawa dirinya ditindas dan menjelaskan bahawa ramai calon dari Malaysia telah mengalami perkara sama sepertinya.

Baca : “Nama pelajar dibuang & masukkan nama pensyarah” – Calon PhD Terkilan Projek ‘Dirembat’ Pensyarah

Ft Kena Tindas Dengan Pensyarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.