in

10 Kesalahan Basic Ketika Solat Yang Mungkin Kita Lakukan Tanpa Sedar

Untitled Collage 75

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, dah seminggu kita jalani ibadah berpuasa dalam keadaan norma baru. Tiada bazar, terawih pun sekadar di rumah.

Mungkin ada dalam kalangan kita menggunakan sepenuhnya peluang Perintah Kawalan Pergerakan untuk menunaikan solat sunat sepanjang bulan Ramadhan ini — kerana ingin mengumpul ganjaran pahala berganda.


Tapi, adakah kita tahu dalam kita khusyuk beribadah tu tanpa sedar ada kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan secara tidak sengaja?

Seorang pengguna Twitter ada berkongsi antara 10 kesalahan basic yang sering kita terlepas pandang ketika solat.

Capture

  • Tidak berdiri lurus

Punya la basic sekali. Bab berdiri, Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan rukun solat. Bagi yg sakit pulak, sepatutnya sebelum terus duduk nak bersolat, kena berdiri lurus dulu atas sejadah, kemudian baru duduk. Tak sedar kan?

 

Image7

  • Takbiratul Ihram

Lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ. Takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik) juga boleh membatalkan solat. Ini kena belajar lagi ni…

 

  • Bacaan Al-Fatihah tidak betul

I rasa I pun selalu buat salah ni. I ada dengar UAI ulas pasal isu ni. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafaz 100% oleh mulut dengann makhraj dan tajwid yang betul. Baca Al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, boleh membatalkan solat.

 

  • Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud

Kadar minimum rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “Subhanallah”. Bila nak rukuk, sujud, jeda antara perbuatan tu kena jaga, dalam kadar lafaz Subhanallah. Buka terus sujud kasi hantam itu dahi atas sejadah…

 

435254

  • Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai

Tahu apa itu anggota sujud? 7 anggota sujud: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari) — kena tepat atas sejadah. Sujud bukan sekadar dahi.

 

  • Tangan berayun-ayun semasa i’tidal

Kalian mesti tahu kan? Pergerakan anggota besar tiga kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Nak i’tidal, angkatlah tangan tu penuh bersopan. Ni angkat tangan berkepak macam nak terbang terus naik ke langit. Tak boleh ye.

 

  • Dada berpaling dari kiblat

Semasa nak solat, berdiri atas sejadah tu kita memang tahu position kiblat dekat mana, tu wajib. Tapi sedar tak kenkadang kita tak halakan dada tepat pada kiblat? Kalau kiblat menyerong, dada pun ikut menyerong. Kalau tegak, maka tegak lah ia.

 

  • Mengenakan pakaian nipis

Perempuan memang paling kena peka bab ni. Jangan atas tutup habis dengan telekung, tapi kain pulak singkat atau jarang. Nampak kaki. Kadangkala pakai baju terlalu nipis dan ternampak jelas warna kulit pun tak boleh. I pun terkadang terlepas bab ni…

 

  • Memejam mata ketika solat

Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tapi jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar dan menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan — maka ianya dibolehkan.

 

Stock Photo 23527419

  • Salam

Tak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Kena belajar lagi bab beri salam…

Okay, itu antara sedikit sebanyak perkongsian yang bermanfaat untuk kita teliti sebaiknya, semoga kita dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam ibadah kita.

Selamat beramal!

 

Baca: Panduan Solat Tarawih Di Rumah Sepanjang PKP Seperti Yang Disarankan JAKIM

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.