in

“1 pagi 1 petang” – Kelindan Lori Lapar, Dapat Makan Free Tapi Hanya Ambil Dua Ketul Kuih Sebab Segan

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan oleh wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ni, ramai orang yang terkesan selepas kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak ni.


Hari-hari kita tengok ada orang mengadu kena buang kerja atau tak dapat gaji sampai tak ada duit nak isi perut.

Baru-baru ini, seorang netizen di Facebook, Zarul Zabidi menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang kelinda lori masa dia nak beli makanan di kedai.

Menurut Zarul, seorang lelaki datang menghampirinya mengatakan yang dia lapar dan nak makan, tapi tak ada duit.

92509297 10220390581687575 8115882670535213056 O

Zarul kemudiannya meminta lelaki tersebut ambil apa saja yang dia nak makan tapi dia terkejut bila tengok lelaki tersebut hanya ambil dua ketul kuih seri muka dan sebungkus milo ais.

Bila ditanya kenapa tak ambil nasi dan lauk-pauk, jawapan yang diberikan oleh lelaki ni sangat mengharukan…

Kuih seri muka ni kan bawah dia dah ada pulut nasi, cukup la bang 1 pagi 1 petang nanti sy makan. Saya segan bang ini pertama kali dalam hidup sy meminta orang.”

Zarul kemudiannya tanya apa pekerjaan lelaki ni, dia kemudiannya mengatakan dia bekerja sebagai kelindan lori dan gaji yang dia dapat ikut trip. Kalau ada trip adalah gajinya. Allahu…

Abang saya lapar,saya nak makan,saya tak ada duit,abang bayar kan boleh?Ambil la dik nk makan apa pun,saya belanja…

Posted by Zarul Zabidi on Sunday, April 5, 2020

Bayangkan je lah orang yang susah dan tak dapat makan macam ni pun bila ada orang minta tolong dia tak tamak. Sedangkan kita ni kadang-kadang walaupun serba-serbi cukup, bila ada orang bagi benda free, terus tak ingat orang yang lagi susah.

Moga cerita ni jadi pengajaran untuk kita semua dan admin doakan Zarul dan lelaki tersebut diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

 

Baca: “Mengadu 13 hari tak makan” – Pemuda Hampir Kena Tipu Dengan Lelaki Warga Emas Menyamar Jadi Orang Susah?

Screenshot 2020 04 08 At 1.07.08 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.