in

“1 bulan lebih hidup macam ni…”- Nadzmi Adhwa Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Indonesia Raih Perhatian Ramai

collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu banjir besar telah melanda Sumatera pada bulan lalu. Akibat banjir besar ini, ramai penduduk menghadapi kesukaran, terutama bagi mereka yang rumahnya terjejas.

Pelakon dan juga personaliti media sosial, Nadzmi Adhwa, telah memuat naik video yang memaparkan dirinya bersama pasukannya Aryana Care, turut turun padang membantu mangsa banjir di Aceh.


Di dalam hantaran tersebut, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa pilu dan sedih apabila dia melihat kediaman mangsa-mangsa banjir di Aceh dipenuhi dengan lumpur tebal.

Artikel berkaitan: Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang

Artikel berkaitan: Jakarta Tak Buka Akses Bantuan Luar, Aceh Mohon Bantuan PBB Untuk Pemulihan

@nadzmiadhwa Dugaan mereka tak terbanding. 1 bulan lebih hidup macamni. Dia pegang tarik dan bawa saya tunjuk rumahnya. Tidur dalam khemah pulak lagi. Apa lah yang saya tengok ni. Ya Allah angkatlah darjat ibu ini 😭 Tersiat siat hati saya dengar ni. Memang tak tahan. Runtuh jiwa 😭 Tak terkata tak tahu nak buat apa. Harap dapat lah bantu sedikit 🥹 Kalau saya tak bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pada saya entah lah 😭 Hari hari balik mesti nangis. Kuatkan lah mereka. Moga syurga lah buat mereka ini 🤲🏻 Yang masih nak berkongsi rezeki dengan kami boleh ke @Aryana Care ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Di dalam kapsyen hantaran tersebut, Nadzmi Adhwa mengatakan mangsa banjir yang ditemuinya telah sebulan lebih hidup tanpa rumah kediaman dan hanya tidur di dalam khemah akibat banjir.

Seperti yang dapat dilihat di dalam video tersebut, mangsa banjir itu menarik tangan Nadzmi dan menunjukkan keadaan rumahnya yang penuh dengan lumpur.

Screenshot 2025 12 31 155531 1

“Dugaan mereka tak terbanding. 1 bulan lebih hidup macamni. Dia pegang tarik dan bawa saya tunjuk rumahnya. Tidur dalam khemah pulak lagi. Apa lah yang saya tengok ni. Ya Allah angkatlah darjat ibu ini.”– tulis Nadzmi di dalam kapsyen videonya

Mangsa banjir yang juga merupakan wanita berumur itu menceritakan paras air naik dengan mendadak semasa banjir besar melanda rumahnya bulan lalu.

Selain itu, wanita tersebut turut memaklumkan bahawa mereka tidak menerima bantuan banjir daripada pihak berkuasa, dan sekiranya ada bantuan disalurkan, barangan yang diterima tidak mencukupi.

Nadzmi bersama pasukannya, Aryana Care, turut menyumbangkan bantuan asas seperti beras dan telur bagi membantu kelangsungan hidup mangsa banjir selepas bencana tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan warga Aceh serta semua mangsa banjir yang terlibat. Mereka turut memuji tindakan warga Malaysia yang sanggup turun padang membantu mangsa di negara jiran.

Screenshot 2025 12 31 153843 Screenshot 2025 12 31 153759 Screenshot 2025 12 31 155041

Sumber: TikTok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.