Semalam, dunia politik negara dikejutkan dengan pemergian tokoh politik Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sebelum itu dimasukkan ke hospital.
Hari ini, isteri Allahyarham, Datin Seri Zizie Izette yang juga seorang pelakon, meluahkan rasa sedih menerusi Instagram Story susulan kehilangan suami tercinta.

Artikel berkaitan : “Kuat mengaji dan solat sunat” – Netizen Dedah Keperibadian Sebenar Bung Moktar
Artikel berkaitan : Belasungkawa Bung Moktar Radin: Perginya Tokoh Berpengaruh Politik Sabah
Menerusi Instagram Story itu, Zizie meluahkan bahawa dia merasakan seperti hilang arah dan dia sebenarnya berharap dia mempunyai masa yang lebih untuk memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas segala yang telah diberikan oleh Allahyarham kepada keluarga mereka.

Menurut Zizie, suaminya seorang yang sentiasa mengalah dengan anak-anak serta berusaha membahagiakan mereka dan semua orang di sekeliling.
Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.
Jenazah beliau kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 2.25 petang hari yang sama.
Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sumber: Harian Metro
