in

“Zaman PH kena buat 10 kerja” – Cubaan Ahmad Maslan Nak Kutuk PH Buat Netizen ‘Lepas Rindu’ Dengan Lawaknya

49708642 2063912613671039 3497399746102820864 N 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu orang Malaysia memang dah cukup kenal dengan bekas Timbalan Menteri Kewangan  Ahmad Maslan menerusi kenyataan ‘berani mati’ dan cadangan ‘bernas’ yang tak terjangkau di akal kita.


Namun selepas kerajaan baru mengambil alih kuasa, namanya dah mula kurang menjadi perhatian netizen sampailah pos di laman Facebooknya baru-baru ini.

Niatnya nak troll kerajaan sekarang, tapi  netizen ‘tak boleh masuk’ dengan kenyataan sarkastik yang di keluarkan tu sampai kena ‘bahan kaw-kaw’ di ruangan komen.

 

Di zaman barisan nasional kita perlu membuat 2 hingga 3 kerja dalam satu hari manakala di zaman kerajaan pakatan harapan kita perlu membuat 10″

49708642 2063912613671039 3497399746102820864 N
Sumber : facebook

Bagi sesiapa yang ada mengikuti perkembangannya, Ahmad Maslan kini ada banyak masa terluang semenjak dia dah ‘berhenti kerja’.

Disebabkan itu dia pun turut terbeban dengan kos sara hidup tinggi sehingga terpaksa melakukan 10 pekerjaan dalam masa sehari, menyifatkan bahawa sewaktu zaman kerajaan dahulu  bebanan lebih ringan.

“Berat mata memandang berat lagi bahu saya memikul. ini adalah salah satu pekerjaan part time saya ketika waktu lapang iaitu mengutip buah kelapa “

“Di zaman barisan nasional kita perlu membuat 2 hingga 3 kerja dalam satu hari manakala di zaman kerajaan pakatan harapan kita perlu membuat 10 pekerjaan dalam satu hari kerana harga barang dan kos sari hidup sangat tinggi berbanding zaman bn . Kerajaan pakatan harapan gagal”

Tapi sebenarnya macam ada yang tak kena pada gambar ni dengan caption dia. Tak pasal-pasal kena bahan dengan netizen

 

Pekerjaan part time saya ketika waktu lapang iaitu mengutip buah kelapa “

49708642 2063912613671039 3497399746102820864 N 1

Dah tak pasal-pasal kena cubaan dia nak troll kerajaan baru tak jadi sebab dia yang kena troll balik. Tapi mungkin dia nak buat sarkastik kot. Cuma netizen je yang ‘tak boleh masuk’.

“Maaf . saya u-turn balik. bukan kelapa tapi nenas”

Mungkin ada segelintir yang faham tapi ada segelintir tak faham, mungkin niatnya nak buat ‘u-turn’ ini secara sengaja tapi netizen tetap terhibur dengan lawak sarkastiknya yang …erm..

 

“Terubat rindu saya..Zaman ni kekurangan badut” – Netizen

Maslan Maslan2 Maslan3 Maslan4 Maslan5 Maslan6

 

Korang ni pun tak baiklah cakap dia macam tu, mungkin dah penat sangat kot. Admin pun kalau buat 10 kerja sehari memang susah nak beza kelapa dengan nenas. Kan lebih lebih kurang tu

 

Baca : Ahmad Maslan Komplen Makanan Mahal, Rakyat Gelakkan Je

Page 9 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.