Tular di media sosial sekarang ini mengenai satu perkongsian yang telah menimbulkan kemarahan warganet. Ia merupakan hantaran yang membandingkan wanita moden dengan zaman dahulu, yang mana perkongsian ini bukan sahaja membuatkan kaum hawa marah, namun kaum adam juga menyirap apabila membacanya.
Dalam perkongsian itu, ada seorang lelaki mempertikaikan sikap wanita moden yang merasakan diri mereka lebih hebat berbanding wanita dulu-dulu, sedangkan wanita dulu boleh mempunyai 13 orang anak dan mampu menjaganya berbanding wanita moden yang kemurungan padahal baru mempunyai 2 anak.
Artikel berkaitan : Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Sekolah 17 Tahun Sedang Disiasat Polis
Artikel berkaitan : Wanita Terkejut Tengok Orang Lain Pandu Keretanya & Dakwa Sudah Dijual
Ramai orang bengang apabila membaca hantaran tersebut, sehingga membuatkan individu yang dikenali sebagai Amar Aziz ini rasa terpanggil untuk menempelak kenyataan yang dia anggap sebagai ‘tidak matang’ daripada lelaki lelaki tersebut.
Jelasnya, zaman sudah berubah daripada pelbagai aspek seperti corak pemakanan, perubahan iklim dan ketahanan badan, ia akan berubah dari zaman ke zaman. Dia memberikan contoh dalam keturunan keluarganya.
Aku tak nak requote sebab nnt bagi engagement kat dia.
Statement tak matang macam ni, aku doakan jangan diternak banyak-banyak baka macam ni.
Zaman ni berubah, dengan erti kata lain, corak pemakanan kita, perubahan iklim kita, ketahanan badan kita berubah secara total dari… pic.twitter.com/hh0y4daocv
— Amar Aziz 🇲🇾🇵🇸🇦🇺 (@amaraziz09) March 25, 2024
“Moyang aku beranak 15-20 anak. Nenek aku beranak 10 anak. Mak aku beranak 6 anak. Aku ada 3 anak termasuk seorang dah meninggal.”
Jadi, dia menyifatkan perbandingan yang dibuat lelaki tersebut sangatlah tidak sesuai. Dia juga memberikan satu nasihat sinis kepada warganet untuk dijadikan panduan.
“Aku harap jangan merebak penyakit seperti mamat ni di dalam dunia. Minority takpe, sebab kita perlu tahu kewujudan spesis macam ni, supaya kita belajar.”
Menjengah ke ruangan replies, ramai yang menyokong kenyataan individu ini. Ada yang menceritakan situasi mengenai perubahan zaman.
Mungkin niat dia hanya mahukan jadikan contoh dan inspirasi kot.
Sumber : X