in

Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Susulan Surat Palsu Tular

Zahid Hamidi Letak Jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kekalahan parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), terdapat banyak desakan dari ahli parti itu agar presidennya, Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan dalam parti tersebut.


Hari ini, terdapat surat yang berlogo parti berkenaan tular di media sosial menyatakan perletakan jawatan Zahid Hamidi.

Pun begitu, hari ini presiden BN itu menerusi laman Facebook miliknya menafikan berita tersebut dan menyatakan ianya adalah surat yang palsu.

Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan.Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini.

Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, November 22, 2022

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini.” tulisnya.

Dalam surat palsu itu, terdapat kenyataan kononnya sebuah mesyuarat tergempar telah diadakan dan dihadiri oleh pemimpin utama setiap parti gabungan Barisan Nasional (BN) dan pimpinan tertingginya.

Selain itu, turut didakwa Zahid Hamidi terasa berat hati meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia turut mendakwa sudah terdapat keputusan untuk menentukan gabungan mana yang akan disokong BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

Baca: “Menang, salah. Kalah, salah” –  Najib Kecewa Apa Yang Dibuat BN Dianggap Serba Tak Kena

Najib Razak Salah Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.