“Apesal muka dengan body dia maintain je” – Ini 5 Rahsia Cantik Lisa Surihani Yang Korang Boleh Try

Sebut je nama Lisa Surihani apa yang korang fikir? Pelakon yang berbakat, mempunyai wajah yang cantik, lemah lembut dan isteri kepada selebriti kacak Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU.

Tapi persoalannya macam mana dia boleh maintain jelita walaupun dah mempunyai anak 2? Mesti korang especially kaum-kaum ibu di luar sana nak tau kan?

 

Hah! Kat sini admin dedahkan rahsia cantik Lisa Surihani yang ramai tak tau.

1. Kurang Kenakan ‘Make-up’

Well bagi seorang perempuan make-up is a must sebelum keluar rumah sebab itulah yang menjadi lambang keyakinan diri. Katanya kalau tak pakai make up, muka kusamlah, tak nampak seri lah dan macam-macam lagi.

Tapi lain pulak dengan Lisa, katanya dia tak berapa suka mengenakan solekan yang tebal melainkan kalau ada event besar atau perlu menghadiri majlis-majlis formal.

Untuk hari-hari biasa saya menggunakan krim CC untuk lindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu olesan nipis maskara dan gincu pun dah cukup”

2. Bersenam keep fit!

Takkan nak muka je cantik, badan pun kena la cantik dan sihat jugak. Bagi Lisa katanya bersenam itu WAJIB! Tak perlu buat yang susah-susah pun takpe, jalan kaki, jogging atau naik tangga kat rumah pun dah cukup..setuju sangat!

3. Amalkan ‘Intermitternt Fasting’

Sumber: Instagram

Lisa kata ni merupakan ‘diet’nya yang paling mudah dah tak menyeksakan! Apa yang dia buat ialah berpuasa selama 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam..BOOM! Dapat bentuk badan ideal

Yang bestnya ialah, korang boleh start puasa malam bermula pukul 8pm hingga 12 tengahari keesokan harinya…bestnya waktu tidur pun dikira sebagai puasa

Time makan 8 jam tu pulak, korang boleh makan sebanyak mana korang nak dalam tempoh tu tapi make sure dalam kuantiti yang terkawal lah okay.

4. Manja dengan suami dan keluarga! Ni paling penting

Sumber: Instagram

Ramai yang adore dengan kebahagiaan Lisa Surihani dan suaminya Yusry Abdul Halim dan dua anak mereka iaitu Yahaira Leanne (4 tahun) dan Yusof Leonne (2 tahun).

Apa orang kata kalau kita sentiasa happy dengan life kita, bahagia bersama keluarga kita maka wajah kita akan nampak lebih muda dari usia…gitchewww~

5. Pastikan wajah dicuci bersih terutama sekali sebelum tidur

Ni part yang selalu golongan perempuan lepas pandang iaitu cuci wajah bersih-bersih selepas mengenakan make up.

Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.

Sumber : Instagram

Kulit yang benar-benar sihat boleh dimiliki kalau pilih pembersih yang betul iaitu yang lembut terhadap kulit, bebas sabun, melembapkan, bebas pewangi dan terbukti secara dermatologi tidak menyebabkan iritasi”

Katanya sebab tu dia pilih Cetaphil dari dulu lagi. Dengar citer Lisa Surihani dengan Cetaphil siap jalinkan kerjasama lagi sepanjang tahun ni..Makin cantik la kulit Lisa kan

Kalau korang nak cantik macam Lisa Surihani apa lagi, boleh lah cuba tips-tips yang Lisa share tu. Lagipun tengok Cetaphil tu macam bagus untuk kulit kita, why not kita cuba kan!

Baca : 10 Beauty With Brains Bebas Kontroversi Buruk Pilihan Lobak Merah

 



Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.