in

“You’re so fake mom” – Lawak! Aleesya Bagi Komen Pedas, Dengar Rutin ‘Poyo’ Erra Fazira

Fi Erra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama selebriti Erra Fazira mungkin tak perlu dikenalkan lagi. Cukup terkenal kerana rupa paras yang cantik serta bakat yang sangat hebat dalam bidang lakonan serta nyanyian.


Bagi yang selalu mengikuti perkembangannya, Erra sangat aktif di media sosial dan selalu berkongsikan tentang kehidupannya. Tapi posting terbaru di akaun Instagramnya cukup buat orang ramai terhibur.

 

Ikut trend cerita rutin harian

Terbaru pelakon tersebut ada memuat naik video, di mana dia cuba mengikut trend sekarang untuk menceritakan rutin harian sepanjang musim PKP ini.

Dalam posting itu, Erra menceritakan apa yang dilakukan setiap hari untuk melihat reaksi anak perempuannya Engku Aleesya.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Erra menyatakan bahawa dia telah bangun pada awal pagi dan pergi ke pasar lalu menyediakan sarapan.

Namun, anaknya terus tergelak dan tak boleh berhenti bila ibunya berkata sebegitu kerana tahu semuanya tak betul. Tapi Erra sengaja membidas kembali dengan menyatakan bahawa anaknya tak tahu sebab tengah tidur ketika itu.

Apa yang paling menghiburkan apabila Aleesya dilihat tak boleh tahan lagi, dan mengatakan bahawa ibunya ini sangat berpura-pura sambil melihat kepada Erra. Terus terdiam maknya dibuat.

Erra 2 Edit

 

“Bagus Erra ajar anak bercakap jujur”

Menjengah ke ruangan, ternyata momen ibu dan anak itu membuatkan netizen terhibur. Ada juga bergurau mengatakan bahawa Erra bagus mengajar Aleesya supaya sentiasa jujur.

Reak Erra 1 Edit

Reak Erra 2 Edit

Terhibur betullah tengok dorang ni!

 

Baca : “Macam kakak dengan adik je” – Ramai Netizen Suka Tengok Erra Fazira Main TikTok Dengan ‘Anak Dara’ Dia

Foot Erra

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.