in ,

“You think Allah will ask you about this?” – Faizal Tahir Tegur Individu Buat Aksi Lathi Challenge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lathi Challenge tengah hit sekarang kan? Scroll je Instagram, mesti akan ‘terserempak’ aksi-aksi Tik Tok orang buat challenge ni dengan make up yang bikin kita rasa seram sejuk.


Orang kita ni memang pantang ada challenge, mesti ramai yang tak nak ketinggalan kapal follow the trend.

Cuma ada satu teguran yang mungkin boleh buat kita terfikir sejenak, adakah semua waktu dan effort yang kita spend demi menyahut seruan challenge ni berbaloi dan berfaedah untuk diri sendiri, orang yang menonton dan paling utama — adakah ia diredhai Allah SWT, khusus bagi mereka yang beragama Islam.

Teguran makan dalam ini disuarakan penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir, dalam laman Twitternya semalam.

Kita tak nak sentuh isu halal haram seperti yang hangat dibualkan sesetengah pihak ketika ini, cuma kalau kita fikir dalam-dalam — teguran abang Faizal kita ni ada kebenarannya.

Kita cuma hamba yang hidup bertuhan, jadi segala tindak tanduk kita tentulah perlu mendapat redha dari Yang Maha Mencipta kan — sebab manusia ni tidaklah dicipta secara sia-sia.

Perkongsian beliau itu setakat ini mendapat hampir 16k retweet, dan rata-rata netizen memberi reaksi bercampur baur. Ada yang bersetuju, dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Cuma yang tak fair, bila ada aib lama dibongkar kembali — hanya kerana beliau memberikan nasihat yang satu ini. Apa pun, abang Faizal kita has done his part.

Terpulanglah pada yang membaca untuk menilai.

 

Baca: “Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang” – Da’i Wan Perjelaskan #LathiChallenge Ada Unsur Syirik & Khurafat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.