in

“Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang” – Da’i Wan Perjelaskan #LathiChallenge Ada Unsur Syirik & Khurafat

Lathi4 E1636162300534

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita sedar, aplikasi TikTok menjadi satu platform untuk mempromosikan lagu baru dengan challenge yang menarik untuk raih perhatian orang ramai dan terkini, aplikasi Lathi Challenge sedang menjadi hangat dan tumpuan netizen di media sosial.


Transformasi solekan daripada rupa biasa kepada gadis jelita sebelum menjadi hantu dengan rentak lagu EDM yang catchy itu tak dinafikan memang nampak cool. 

Namun begitu Da’i Wan baru-baru ini ada tampil memberikan teguran kepada netizen untuk henti mengikutinya kerana ia dikatakan ada unsur Khurafat & Syirik.

 

Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang.

Katanya tarian yang wujud dari sesetangah budaya Jawa yang dilakukan itu memang ada unsur Syirik & Khurafat kerana ia seolah-olah menyeru roh Kuntilanak (Pontianak) serta Roh Kuda Kepang.

“Hanya Allah swt shj tahu apa yg terlintas dlm hati saya tadi bila saya di tontonkan dgn video #LathiChallenge . Sungguh ia memang menakutkan.”diri seorang Muslim 

Menerusi Twitter miliknya, hiburan itu boleh mengancam jati diri seorang Muslim kerana wujud kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya yang sangat kuat dengan kepercayaan pada bomoh dan ilmu hitam.

Namun begitu ada netizen yang sokong dan ada juga yang menentang kerana bagi mereka ia hanyalah sekadar lagu dan lirik biasa tanpa ada melibatkan seruan syaitan.

 

Ini bukan panggilan syaitan – Netizen

Lathi 1 Lathi2 Lathi3

Memandangkan ramai netizen yang mempersoalkan ia hanyalah sekadar hiburan, Da’i Wan ada menegaskan bahawa walaupun lirik dalam lagu Lathi tiada unsur syirik, hukum mendengar lagu yang melalaikan kita itu Makruh.

“Apa-apa sahaj ahiburan yang melalaikan kita, yang boleh mmpengaruhi perasaan & diri kita. Ulama’ menghukumkan ‘Makruh’. Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan.”

 

Baca : “I’m planning how to do” –  Netizen Suggest Maya Karin Buat #LathiChallenge Version Pontianak Harum Sundal Malam?Mayakarin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.