in

“You merepek apa ni?” – Gadis Dikecam Sebab Cadang Wajibkan Student Belajar Bahasa Mandarin & Tamil

Untitled Collage 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polemik kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini tidak pernah putus daripada menjadi subjek pertikaian pelbagai pihak.


Campur aduk penggunaan bahasa rojak, majikan yang meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin untuk diterima bekerja dan sebagainya.

Kadang kala ia boleh membawa kepada tercetusnya perkara-perkara sehingga menyentuh sensitiviti perkauman masyarakat berbilang bangsa di negara majmuk ini.

Entah di mana silapnya.

Seorang pengguna Twitter, @FeliceKAA ada mencadangkan agar pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah diwajibkan ke atas setiap pelajar.

Bahasa1

Namun kenyataan tersebut menerima kecaman ramai netizen, yang rata-ratanya tidak bersetuju dan berpendapat cara gadis ini berfikir adalah tidak wajar.

Mereka merasakan, ini bukan isu Bahasa Melayu vs bahasa lain — namun penekanan sebenarnya harus diberikan kepada Bahasa Melayu yang sepatutnya wajib difahami oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Bahasa6

Bahasa4

Bahasa3

Bila dah ramai mengecam dan turunkan pandangan masing-masing, gadis ini kemudian memuatnaik satu status lain.

Katanya, memandangkan ramai yang triggered bila dia mencadangkan perkara itu diwajibkan — so apa kata kalau kita buat dia jadi subjek optional je kat sekolah-sekolah kan, dan mansuhkan je sekolah vernakular kat Malaysia ni.

 

Korang rasa macam mana? Perlu ke kita wajibkan student belajar bahasa Mandarin & Tamil kat sekolah? Bukan ke sekarang ni ramai parents dah hantar anak-anak diorang belajar second language sejak kecik lagi?

 

Baca: “Ini baru Malaysia” – Perbualan Dalam Mandarin Guru Melayu Dan Murid India Ini Buat Netizen Tersengih

1Cikgu

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.