in

“Sebagai waris, saya dengan rendah hati…” – Hari Ke-12 Misi SAR, Anak Jaslinda Mohon Maaf Bagi Pihak Ibu

Anak Jaslinda Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada wanita yang dilaporkan hilang, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu berkongsi luahan penuh emosi susulan keberadaan ibunya yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, dia mengambil kesempatan memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ibunya pernah melakukan sebarang kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.


“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ibu saya, Jaslinda Saludin, ada melakukan sebarang salah silap kepada sesiapa sahaja sama ada sedar atau tidak.

“Sebagai waris, saya dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak beliau. Kepada semua yang telah memberi doa, nasihat, petua dan sokongan, kami amat menghargainya,” katanya.

Screenshot 2026 06 04 170023

Artikel berkaitan: “Tiada unsur jenayah” – Polis Tepis Dakwaan Jaslinda Ada Kaitan Dengan Along

Artikel berkaitan: “Orang mudah menghukum tanpa tahu cerita…” – Terkesan Dengan Komen Netizen, Kakak Jaslinda Saludin Buka Mulut

Dalam perkongsian sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari ibunya dan berharap segala doa yang dipanjatkan dimakbulkan Allah.

“Ya Allah, terima kasih atas kehadiran setiap insan yang tidak putus-putus mendoakan ibu saya, Jaslinda serta kepada semua anggota dan pihak yang terlibat dalam usaha pencarian.

“Saya dan keluarga juga mendoakan agar setiap kebaikan, keikhlasan dan doa yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa semua. Terima kasih semua. Ibu, we miss you,” katanya.

 

View on Threads

 

Difahamkan, hari ini memasuki hari ke-12 operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita terbabit. Menurut laporan, operasi SAR diteruskan dalam skala kecil melibatkan bomba, malim gunung, komuniti Orang Asli setempat.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.