in

Para Ibu ‘Excited’ Sampai Berebut Naik Pentas Saat Prabowo Minta 10 Wakil Tunjuk Contoh Potongan Ayam

Ft Prabowo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana dalam Sentul International Convention Center (SICC), Bogor, Jawa Barat, Indonesia menjadi riuh apabila orang ramai cuba berebut naik ke atas pentas supaya dapat mendekati Presiden Prabowo Subianto dalam satu acara Mesyuarat Penyatuan Program Hidangan Berkhasiat Percuma semalam.

Dalam acara itu, Prabowo ada membawa contoh potongan ayam ke atas pentas untuk menunjukkan jumlah kuantiti makanan yang bakal diberikan kepada pelajar yang menerima bantuan Program Hidangan Berkhasiat Percuma.


Artikel berkaitan: “Lebih tinggi dari Malaysia & Singapura” – Presiden Prabowo Bangga Gaji Hakim Indonesia Naik 280%

Artikel berkaitan: Walaupun Hidup Sederhana, Rakyat Indonesia Paling Bahagia – Prabowo

Malulah orang luar tengok – Prabowo

Di majlis itu, beliau kemudian meminta 10 anggota untuk yang terlibat dalam program tersebut untuk naik ke atas pentas. Mereka dilihat begitu bersemangat dan teruja sampai berebut nak naik ke pentas.

Orang ramai yang menontonnya dilihat begitu terhibur sampaikan mereka tergelak apabila melihat gelagat wanita-wanita ini yang begitu teruja sampaikan ada yang mencium tangan Prabowo banyak kali.

Suasana dilihat semakin kecoh apabila ada juga yang cuba ambil kesempatan untuk terus naik ke pentas agar dapat mendekati Presiden itu. Prabowo juga dilihat berusaha meredakan kekecohan itu sehingga menegur sikap mereka.

Menurut sumber, demo yang dilakukan hadapan anggota-anggota itu adalah untuk memberikan penekanan bahawa Unit Perkhidmatan Pemenuhan Pemakanan (SPPG) mesti menghidangkan potongan ayam dengan saiz yang sesuai dan mencukupi untuk diagihkan kepada pelajar sekolah.

Dalam pada itu, Prabowo mengingatkan kepada anggota yang terlibat dalam program MBG supaya tidak memotong ayam terlalu kecil.

Sumber : Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.