Bagi mereka yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air, pasti mengenali hubungan rapat antara dua beradik berbakat ini, Umairah dan Amad yang juga anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Baru-baru ini diketahui Amad tidak lagi tinggal bersama kakak dan ibunya apabila berpindah ke Kuantan, Pahang untuk duduk bersama bapanya.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mereka, Siti Saerah yang berasa sedih apabila Amad mengambil keputusan sedemikian.
Bagi Umairah yang sering bersama Amad, penyanyi remaja itu berkata dia juga sukar menyembunyikan rasa sedih dan kehidupannya terasa kosong meskipun mereka masih lagi berhubung seperti biasa.
“Amad suka kacau saya. Saya ini jenis suka duduk dalam bilik. Kami selalu menyanyi sama-sama.
“Jadi bila dah tak duduk sekali dengan Amad saya rasa macam kosonglah tapi tak mengapa kami masih berhubung,” katanya.

Artikel berkaitan: “Aku rasa dia ada masalah stage fright” – Amad Dayyan Pengsan Atas Pentas Lagi, Netizen Luah Rasa Risau
Artikel berkaitan: Umai Hampir Tak Sertai WCOPA Kerana Kekurangan Dana RM 80K, Siti Nurhaliza Bantu Beri Dana
Dalam pada itu, Umairah mengakui berasa terkejut dengan keputusan Amad yang mahu menyambung persekolahan di sana.
Menurutnya, adiknya antara individu yang sering dia berkongsi cerita dan meluahkan perasaan.
“Nak buat macam mana Allah dah tentukan, saya terkejut juga waktu itu saya di asrama, tahu-tahu dia dah pindah.
“Tapi sebelum dia pindah sempatlah jumpa saya. Dia cakap saya kena kuat.
“Adik-adik saya yang lain masih kecil lagi, jadi selepas ini saya nak berkongsi cerita dengan siapa?” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti Saerah menghormati keputusan anaknya yang mahu mencorakkan haluan hidup sendiri.
Sumber: mStar
