in

“You made Malaysian proud” – Bertanjak Ke Konvokesyen Universiti Oxford, Netizen Bangga Dengan Lelaki Ini

Feature 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian tanjak dalam kalangan orang Melayu lama sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya, tanjak merupakan lambang keperibadian dan jati diri orang Melayu.


Jadi, apabila ada yang cuba untuk mengembalikan kegemilangan tradisi Melayu, kita sepatutnya rasa bangga dengan usaha tersebut.

Menerusi perkongsian Khair Razlan Othman di Facebook baru-baru ini, dia telah memakai tanjak semasa konvokesyennya di Universiti Oxford, United Kingdom. Fuh, dah macam Hang Tuah dah ni. 

Tanjak 1

Menurut Harian Metro, lelaki yang berusia 39 tahun itu telah pun meminta kebenaran daripada pihak universiti untuk memakai tanjak tersebut.

Yanjak 5

Lagi cool, ayah dan anak lelakinya juga turut sama memakai tanjak ke majlis tersebut. Sehati sejiwa betul diorang ni.

Baginya, peluang ini telah digunakan sebaiknya untuk memperkenalkan  budaya masyarakat Melayu ke seluruh dunia. Katanya, ada yang bertanyakan tentang tanjak tersebut semasa mereka sekeluarga sedang bersarapan sebelum masuk ke dewan untuk acara tersebut.

Rata-rata netizen juga turut tumpang berbangga dengan kejayaan Khair Razlan ini.

Tanjak 4

Yelah sebab bukan semua orang berpeluang untuk belajar di universiti terkemuka di sana kan? 

Lepas ni, mesti ramai yang nak cuba ikut jejak langkah dia kan? 

Baca: “Pakaian tradisional ada banyak simbolik” – Sebab Kenapa Baju Melayu Moden Tiada Identiti Melayu Islam

Baju Melayu

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.