in

“You hutang, you maki lagi” – Driver Berang Dihina Penumpang Warga Asing, Siap Paksa Bawa Laju

Driver Dihina Warga Asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dihidangkan dengan kisah sikap-sikap pemandu yang boleh menimbulkan rasa cemas kepada penumpang.


Berlainan pula dengan perkongsian tular di Twitter, yang mana seorang pemandu e-hailing ini mendakwa telah dicabar dan dihina oleh seorang penumpang warga asing dalam perjalanan ke destinasi, kira-kira jam 12 tengah malam pada Selalu lalu.

Menurut pemandu itu, warga asing itu minta untuk berhutang selepas diberitahu harga tambang yang dikenakan sebanyak RM70. Pada awalnya, warga asing itu meminta untuk kurangkan bayaran memandangkan duitnya tidak cukup tetapi minta untuk membayar keesokan hari sebelum 10 minit sampai ke destinasi.

“You hutang RM20, you maki-maki lagi”

Sebelum itu, pemandu juga mengadu bahawa warga asing itu telah memaksanya memandu dalam kelajuan 130km/j. Pemandu buat tidak endah dengan permintaannya kerana terikat dengan undang-undang jalan raya dan sudah tentu permintaan tersebut tidak dapat diterima.

“Ketika memandu, dia paksa-paksa aku untuk drive dalam kelajuan 130 km/j. Dia pula ajar aku memandu, sampai dia suruh aku ke belakang dan biar dia memandu,” katanya.

Pemandu itu turut mendakwa telah dimaki dan dihina oleh penumpang terbabit semasa dalam perjalanan. Bahkan, warga asing itu mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.

“Aku cari rezeki dari siang sampai malam untuk beri anak isteri makan, tapi kau buat aku macam ni,” luahnya.

Menerusi rakaman video itu, kedengaran pemandu berasa marah kerana tidak tahan dengan sikap warga asing itu. Dia turut mengajak warga asing terbabit ke balai polis untuk selesaikan masalah tersebut.

Sebagai manusia, belajarlah menghormati orang lain jika kita mahu orang lain menghormati kita.

Baca: Pemandu Bas Jujur Di Sibu Raih Pujian Lepas Sedaya Upaya Cari Pemilik Beg Hilang
Ft Beg Bas Sibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.