Semangat kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak terus dihidupkan melalui penganjuran Program Kepimpinan Yayasan Tun Razak 2026 (TRF LEAP) yang kini memasuki tahun ke-31 penganjurannya.
Majlis pembukaan program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Dalam majlis tersebut, Kementerian Perpaduan Negara mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Tun Razak (YTR).

Peruntukan ini bertujuan untuk:
- Menyokong pelaksanaan program kepimpinan belia yang berimpak tinggi.
- Membangunkan pemimpin muda dengan mengambil inspirasi daripada nilai dan sumbangan Tun Abdul Razak.
- Membolehkan peserta berperanan sebagai ejen perubahan sosial demi memperkukuh perpaduan negara.
Signifikan 50 Tahun Legasi
Menurut Pengerusi Yayasan Tun Razak, Tan Sri Nazir Razak, tahun 2026 merupakan tahun yang penuh simbolik kerana menandakan ulang tahun ke-50 pemergian Tun Abdul Razak dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan Yayasan Tun Razak.
Beliau menekankan bahawa legasi Tun Razak bukan sekadar ‘Yang Tersurat’ seperti dasar dan institusi, tetapi lebih penting adalah ‘Yang Tersirat’ iaitu nilai-nilai kepimpinan.

“Aspek yang paling penting ialah yang tersirat, kerana di situlah terkandung ajaran yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, khususnya para pemimpin masa hadapan,” – Tan Sri Nazir Razak
Artikel berkaitan : Kementerian Perpaduan Perkenalkan 5 Kluster Bagi Memacu Agenda Negara Bangsa 2026
Artikel berkaitan : “Dari Merdeka hingga Malaysia Moden” – Ini 7 Ucapan Ikonik Pemimpin Yang Membentuk Negara Kita Hari Ini
Bermula tahun ini, YTR akan memperkenalkan empat inisiatif utama yang lebih segar bagi menghargai jasa negarawan ulung tersebut:
- Penghasilan Dokumentari: “Tun Razak, The Requiem”.
- Penerbitan Buku: Leadership the Razak Way.
- Kolaborasi Budaya: Penerbitan semula karya “Puisi Mengenang Negarawan Ulung” bersama Muzium Pahang.
- Peringkat Antarabangsa: Tayangan dokumentari dan sesi panel di Blavatnik School of Government, Universiti Oxford.
Membina Rangkaian Alumni yang Kuat
Sejak tahun 1995, TRF LEAP telah melahirkan lebih daripada 2,000 alumni. Kini, seramai tiga orang alumni telah kembali berkhidmat sebagai ahli Lembaga Yayasan Tun Razak, membuktikan keberkesanan program ini dalam melahirkan bakat kepimpinan yang mampan.
Langkah ini mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk terus menghidupkan semangat patriotisme dan nilai kenegaraan dalam kalangan generasi muda Malaysia.
