in

Yayan Ruhian Sempat Ziarah Makam Mat Kilau Sebelum Pulang Ke Indonesia

Yayan Ziarah Makam Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fenomena filem Mat Kilau yang sudah hampir seminggu ditayangkan masih lagi dirasai apabila banyak komen positif berhasil diterima daripada para penonton.


Filem yang mengetengahkan seni persilatan ini bukan hanya berjaya mendapat maklum balas baik daripada penonton, tetapi turut mengukir sejarah apabila berjaya mengutip RM18 juta dalam masa 5 hari tayangan.

3 20

Barisan pelakonnya juga turut dipuji kerana menampilkan mutu lakonan yang cukup hebat dan sememangnya mampu membuat penonton terpukau sampai ada juga yang mengalirkan air mata. Salah seorang daripada mereka adalah pelakon aksi seberang, Yayan Ruhian.

2 21

Namanya bukan asing lagi kerana pernah berlakon di beberapa filem Hollywood sehingga menjadi antara yang disegani di Indonesia dan di Malaysia.

Setelah sekian lama berada di negara kita untuk melengkapkan penggambaran filem Mat Kilau, Yayan Ruhian yang turut terlibat dalam promosi filem ini akhirnya memaklumkan akan bergerak pulang ke Indonesia bagi meneruskan kerjayanya di negara seberang tersebut.

Sempat ziarah makam Mat Kilau

4 18

Namun begitu, sebelum pulang dia sempat ke Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang untuk menziarahi makam pahlawan sebenar Mat Kilau.

Hal tersebut dikongsikan sendiri Yayan di media sosial miliknya sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong filem arahan Syamsul Yusof ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih atas lakonannya yang mantap sebagai Toga dalam filem epik tersebut.

Mereka juga mendoakan agar perjalanan pulang Yayan ke Indonesia dipermudahkan dan dapat bertemunya lagi di kemudian hari.

1 23

Min pun kagum sangat dengan watak yang dibawa Yayan ni! Memang menusuk sampai ke jiwalah!

Baca: “Boleh saman 1 juta sorang” – Ramai Pengguna TikTok Muat Naik Scene Mat Kilau Dalam Wayang?”

Mat Kilau Netizen Rakam Tiktok

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.