in

“Yang penting bukan suami orang” – Abby Abadi Kongsi ‘Bayangan’ Seakan Sokong Marissa Berpisah?

ft marissa abbt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada Abby Abadi kini sedang menjadi tumpuan apabila penyanyi dan pelakon itu memberi bayangan seolah-olah bersependapat dengan netizen supaya anaknya, Marissa Dania berpisah.

Dalam perkongsian itu, Abby dilihat memaparkan gambarnya bersama Marissa bersertakan komen-komen netizen yang meminta anaknya untuk menjalani kehidupan baru.


Artikel berkaitan : Marissa Dania Datang Mohon Maaf Daripada Ibu Ketika Siaran Live Abby Abadi

Artikel berkaitan : Mahkamah Sahkan Status Pernikahan Marissa Dania & Aslam Selepas Setahun Berkahwin

Rasanya banyak yang mahu diceritakan tapi cuma boleh kata biarlah komen-komen ini mewakili – Abby Abadi

Selain itu, ada juga menasihati Marissa supaya tidak terlalu bergantung kepada seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak untuk menagih kasih sayang.

Dalam pada itu, terdapat juga komen daripada Abby Abadi sendiri yang bersetuju dengan netizen supaya gadis secantik Marissa boleh mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik termasuk golongan VVIP.

“Kann, tak payah VVIP pun tak apa, yang penting bukan suami orang, buang masa, rugikan diri sendiri.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Untuk rekod, Marissa dan suaminya  berkahwin pada Disember 2023 di Songkla, Thailand. Marissa merupakan isteri kedua Aslam yang pada waktu itu sudah mempunyai isteri pertama iaitu Umisya bersama 2 orang anak.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.