in

“Yang pakai full PPE sahaja dibenarkan pegang keranda” – Anak Korban Covid-19 Tunjuk Momen Sebak Ayah Disemadikan

Ppe7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ada ahli keluarga tersayang ‘pergi’ sudah semestinya waktu itulah kita harus meratap wajahnya buat kali terakhir, tapi disebabkan Covid-19 ini, Luqman Idris tak berpeluang melihat jenazah ayahnya dan hanya mampu lihat dari jauh akibat positif terkena wabak itu.

Dalam rakaman video yang dikongsikan di Twitter miliknya itu, kelihatan orang yang menguruskan jenazah ayahnya terpaksa pakai PPE (Personal Protective Equipment). 


Bahkan, penggali kubur pun terpaksa memakainya demi perlindungan sementara ahli keluarga hanya perlu lihat dari dalam kereta sahaja.

 

Hanya 4 orang sahaja yang uruskan jenazah ayah. Yang pakai full PPE sahaja yang dibenarkan pegang keranda.”

Susulan dengan pencegahan yang mereka terpaksa lakukan itu, sudah semestiya ramai yang tertanya-tanya samada boleh melawat pusara atau tidak.

Ppe 1

Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada pemuda ini suapaya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini kerana disaat ayahnya dalam kritikal, dia tidak boleh berada disisinya langsung.

Ia kerana demi perlindungan, bahkan ahli keluarganya sendiri ada dijangkiti positif Covid-19, jadi mereka sekeluarga juga terpaksa dikuarantin kan.

Ppe2 1

Sebagai anak sudah semestinya agak terkilan kerana tidak dapat mandikan jenazah ayahnya, tapi dia berpeluang mengiringi jenazah ayahnya ke liang lahad biarpun dari jauh.

Proses pengebumian itu hanya dilakukan oleh 4 orang sahaja, tapi ia berjalan dengan lancar, dapat disempurnakan dalam masa yang singkat.

Ppe3 1

Kami juga mendoakan semoga Allaahyarham Idris Bin Atan ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-fatihah.

 

Baca : Tidak Dapat Urus Jenazah Ayah Kerana Covid-19, Gadis Ini Luah Rasa Sedih Hanya Mampu Lihat Dari Jauh

Jenazah Ayah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.