in

“Yang matinya pun aku” – [Video] Wanita 60 Tahun Mengamuk Sebab Tak Nak Pakai Mask Dekat Tempat Awam

Mengamuk2

Baru-baru ini viral satu rakaman video seorang wanita warga emas bertelagah dengan pihak penguatkuasa di Facebook sehinggakan mengundang kemarahan netizen kerana enggan memakai topeng muka ketika keluar di tempat awam.

Baginya dia tak kisah andaikata dirinya mati berikutan dengan wabak Covid-19 kerana dia rimas apabila dia melakukan sesuatu perkara itu secara terpaksa.

 

Itu hal aku kalau aku mati sekalipun 

Chinatownlady Fb

Menerusi Asia One, pegawai penguatkuasa dari Singapura itu menjelaskan bahawa dia begitu bimbang dengan keadaan kesihatannya dan meminta agar ahli keluarga lain sebagai wakil untuk membeli barang.

Dalam video itu orang-orang lain yang berada dikawasan itu juga dengan nada lembut menasihati wanita tersebut untuk duduk dirumah.

Namun begitu wanita tersebut dilihat bengang dengan memberikan respon yang agar kasar kepada pengawai itu.

“Jangan bagi aku rasa gelisah aku ada asthma, itu masalah aku kalau aku mati sekalipun”

Apabila pegawai itu ingin terus menyiasatnya wanita itu menggesa agar tidak membulinya kerana dia seorang wanita tua.

Apabila pegawai itu menasihatkan agar membeli topeng dengan segera dia menjawab bahawa dia ada sekotak tapi dia tak nak pakai.

Malah dia ada mengatakan bahawa dia tidakkan keluar rumah keesokan harinya. Kejadian ini berlaku pada 13 April lepas di People’s Park Centre. Singapura. Ianya berlaku sehari selepas negara tersebut menguatkuasakan PKP.

 

Baca : “Sayangnya kepada frontliners” -[VIDEO] Tiada Tangan Bukan Halangan! Wanita Jahit Baju PPE Guna Kaki

Tangan

 

Sumber: AsiaOne