Baru-baru ni, Chef Wan telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kayap. Kalau korang nak tahu, penyakit kayap ni virus dia sama dengan chickenpox dan selalunya kita boleh kena penyakit ni bila stress.
Namun, apa yang mendapat perhatian adalah apabila Chef Wan memuatnaik gambar anaknya, Serina Redzuawan melawat dia di hospital.
Dalam kapsyen gambarnya ini, Chef Wan mengatakan yang Serina melawat dia selepas melawat bekas isterinya di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut chef selebriti ini, bekas isterinya telah lama mengidap penyakit kencing manis dan baru-baru ini, bengkak kakinya telah bertukar menjadi gangren dan keputusan MRI menunjukkan yang kaki bekas isterinya ini dah tak boleh nak diselamatkan.
Tambahnya lagi, kalau pembedahan membuang kedua-dua belah kaki tak dibuat secepat mungkin, ia boleh merosakkan hati bekas isterinya dan jangkitan boleh merebak ke organ lain juga. Allahu kesiannya…
Buat masa ini, keluarga Chef Wan sangat bersedih dengan berita ini lebih-lebih lagi bila melihat bekas isterinya yang kecewa mendengar penerangan doktor.
Chef Wan memberitahu Serina, apa yang dia boleh lakukan lepas pembedahan, dia akan menggaji seorang jururawat untuk menjaga bekas isterinya ini di rumah dan pemandunya boleh menghantar isterinya membuat dialisis tiga kali seminggu.
Walaupun banyak tanggungjawab yang harus ditanggung oleh Chef Wan dia menganggap yang ini adalah pengorbanan yang boleh dia lakukan untuk ibu kepada anak-anaknya.
Dia adalah ibu kepada anak-anak saya, paling kurang saya boleh buat adalah bagi dia keselesaan dia akhir-akhir hayatnya ini.”
Dia beri contoh yang baik untuk bekas-bekas suami
Rentetan yang diceritakan oleh Chef Wan ini telah membuatkan ramai netizen memuji tindakannya kerana masih sanggup untuk menjaga bekas isterinya walaupun dorang dah lama bercerai.
Moga keluarga Chef Wan diberikan kekuatan dan kesembuhan.
Baca: “May Allah bless you chef” – Peminat Puji Chef Wan Rajin Layan Ibu Berusia 87 Tahun