“May Allah bless you chef” – Peminat Puji Chef Wan Rajin Layan Ibu Berusia 87 Tahun

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dari dulu lagi, selalu sangat kita dengar berita pasal anak tikam emak. Entah apa lah yang mereka fikir masa tu, sampai tergamak buat macam tu dekat emak sendiri. Bila dah tak ada, baru lah nak meratap, menangis air mata darah. Masa tu memang tak guna apa dah. Betul tak?

Tapi tak susah jugak sebenarnya nak cari anak yang hargai emak dorang. Macam baru-baru ini, satu-satunya chef yang terkenal dekat negara kita ni, iaitu Chef Wan, ada kongsikan detik-detik manis antara dia dan ibunya yang sudah berusia 87 tahun. Wahhh so sweet of you!

“Ya Allah baru saja turun bersiap nak pergi supermarket, nak bawa Cik Ani, she has gone to planet Mars and Jupiter!”

Sumber: Instagram

Kata Chef Wan, masa tu dia baru je turun untuk bersiap ke pasaraya dengan ibunya, tetapi ibunya itu tertidur pulak di sofa. Bukan tidur macam tu je tau, Chef Wan beritahu yang ibunya tu siap kaki naik atas sofa dek kerana kakinya yang sakit.

Chef Wan turut memaklumkan menerusi captionnya, dia dah nampak telatah ibunya itu yang seperti keanak-anakan. Kita semua tahu, orang tua mesti akan alami baby stage bila dah menginjak kat umur yang sepatutnya. Dek sebab itu lah Chef Wan minta kita semua agar jaga ibu bapa masing-masing sebaik yang mungkin.

A lot of children who took care of their old parent I have seen myself sangat kasar behaviour mereka kepada kedua ibu bapa mereka”

Sumber: Instagram

Some of their own siblings datang tengok emak or nenek-nenek mereka pun tak langsung. Yang menjaga pun ada yang tak ikhlas macam terpaksa je dan kedatangan ibu bapa mereka yang sakit ini macam menyusahkan hidup mereka, mau pun anak-anak apatah lagi menantu masing-masing”

Sama macam orang lain, ada masanya kita rasa penat layan kerenah mereka. Namun Chef Wan selalu bersabar bila melayan telatah ibunya itu. Setiap kali dia jaga ibunya, seakan-akan ada suara bisik kat telinganya supaya sentiasa sabar.

Sumber: Instagram

Perkongsian Chef Wan di Instagramnya dapat perhatian peminat yang rata-ratanya salute dengan apa yang Chef Wan buat.

Its a wonderful world. Suka tengok Cik Ani. Alhamdulillah, she has a son like you chef

“Besar pahala chef”

How sweet you are chef. Semoga terus istiqomah”

Salute lah tengok Chef Wan layan emak dia! Taaabikk!

Baca: “Indahnya bermadu jika kedua-duanya ikhlas” – Netizen Puji Keakraban Datuk Nurulhidayah dan Madu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.