Siapa yang tak kenal dengan Rita Rudaini? Aktres yang lantang dan berani dalam memberikan kenyataan terbuka jika ada pihak yang cuba mengganggunya. Terkini, dilihat ada individu yang dipercayai seorang cikgu cuba ‘cari pasal’ dengan pelakon ini.
Menerusi Insta Story miliknya, Rita Rudaini meluahkan rasa terkilan dan bengang kerana dirinya dijadikan bahan umpatan segelintir guru kerana menghantar anaknya ke sekolah kerajaan dan dilabel sebagai ‘perampas hak’ golongan B40.
Artikel Berkaitan : ”Tak pernah lagi demam” – Rita Rudaini Syukur Tak Pernah Kena Covid-19 Sehingga Kini
Artikel Berkaitan : “Tak sangka ada orang lagi b*doh dari saya” – Rita Rudaini Sindir Siapa Tu?
Malah, pelakon filem Mami Jarum ini juga memberi amaran keras buat cikgu itu agar identiti seperti nama, lencana atau butiran lain untuk ditularkan.
“Sabar ada had, kita tak kacau orang, orang kacau kita jangan lupa, seorang Rita Rudaini tidak pernah takut hilang pekerjaan. Kerana saya pernah hilang job dan dipinggirkan selama 3 tahun sebab tak vaksin.
“Itu bukan penamat hidup saya, sebab saya percaya, rezeki, harta, pangkat semua dari Allah.”
Rita juga ada memberikan sindiran pedas kepada guru tersebut untuk jaga diri daripada mengecam orang tanpa usul periksa. Dalam pada itu, Rita juga ada mempertikai dan mempersoal bagaimana jika anak pengetua pula yang bersekolah di sekolah kerajaan.
View this post on Instagram
Biasalah, manusia, apa yang dibuat semua tak kena kat mata mereka.
Sumber : Instagram