Viral di media sosial satu klip video menunjukkan penunggang motor hampir melanggar individu lain kerana enggan memberhentikan motosikalnya. Kejadian itu berlaku di Indonesia dan video tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di dalam pejabat, berhadapan dengan lokasi kejadian berlaku.
Menurut netizen di Twitter, penunggang itu cuba diberhentikan oleh penunggang Ojol (Ojek Online) di tepi jalan namun dia tidak mahu. Melalui video itu boleh nampak keadaan antara dua individu tersebut agak tegang dan penunggang motor tersebut cuba beberapa kali untuk lari menyebabkan pemandu Ojol itu hampir dilanggar.
Tidak diberitahu mengapa dua individu itu bergaduh di tepi jalan namun selepas beberapa kali elak untuk berhentikan motor, penunggang itu terpaksa akur kerana rupa-rupanya Ojol itu adalah polis yang memakai jaket!
Ketika polis itu membuka jaket berwarna hijau itu boleh dengar sorakan daripada orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian itu. Selepas mendapat tahu lelaki itu adalah polis, penunggang motor tersebut tidak melawan dan terus memberhentikan motornya di tepi jalan.
Seorang netizen lain berkongsi di Twitter dan berkata polis itu adalah bapanya dan tak sangka video itu tiba-tiba menjadi viral di media sosial.
Tonton video di bawah:
https://twitter.com/damprad/status/1229749538333679626
Dorang punnnn bersorak dah macam tengok wayang scene gaduh pastu hero muncul hahahaha!