in

“Ya Allah… lepas satu, satu” – Selepas Bencana Kebakaran Hutan, Australia Diramal Bakal Dilanda Taufan Blake

Blake Storm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum habis dilanda bencana kebakaran hutan belukar yang menjejaskan tiga negeri, mengorban 24 nyawa dan hampir setengah bilion haiwan mati, Australia nampaknya bakal diduga satu lagi bencana alam.


Menurut Berita Harian, satu taufan tropika sudah dikesan terbentuk di perairan barat laut Australia hari ini dan nampaknya bakal mendatangkan ancaman pada pekan Broome dengan kelajuan angin sehingga 125 km sejam.

 

Biro kaji cuaca beri amaran orang ramai hadapi cuaca buruk 

Pakar kaji cuaca Australia berkata, taufan yang dipanggil Taufan Blake itu diklasifikasikan sebagai ribut kategori pertama dengan kelajuan 75 km sejam setakat ini dan bakal tambah kekuatan pada kategori kedua awal pagi esok sebaik tiba di pekan yang memiliki 14,000 penduduk.

Amaran telah dikeluarkan supaya orang ramai bersiap sedia menghadapi cuaca buruk dan sediakan kelengkapan kecemasan secukupnya seperti kit bantuan perubatan, lampu suluh, radio mudah alih, bateri, makanan dan minuman.

11844202 3X2 Large
sumber: abc news

“Kelajuan angin dijangka bertambah sehingga 125 kilometer sejam. Ribut ini juga dijangka membawa bersama hujan lebat dan amaran banjir sudah dikeluarkan untuk kawasan pantai di barat Kimberley dan timur Pilbara,” kata biro terbabit.

Agak menyedihkan apabila didapati Taufan Blake ni dijangka takkan beri apa-apa kesan pun kepada masalah kebakaran hutan yang kian merebak di bahagian lain Australia. Allahu… 

582379
sumber: sinar harian

 

Rakyat Malaysia berdoa untuk Australia 

Susulan berita ini, rata-rata rakyat Malaysia meninggalkan komen positif termasuklah mendoakan agar rakyat di Australia terus tabah dan dilindungi daripada bahaya bencana yang mendatang.

Taufan
sumber: facebook

Kita doakan yang terbaik buat mereka di sana. Amin… 

Baca: “Habis binatang rentung” – Setengah Juta Flora dan Fauna Musnah, Kebakaran Hutan Di Australia Semakin Serius

Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.