in

“Habis binatang rentung” – Setengah Juta Flora dan Fauna Musnah, Kebakaran Hutan Di Australia Semakin Serius

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui kebakaran hutan yang berlaku di Australia pada masa ini. Untuk korang yang masih tak tahu tu, admin simpulkan dengan ayat yang mudah, kebakaran hutan di Australia adalah lebih buruk dari kebakaran hutan Amazon tempoh hari.


Cuba korang tengok tweet dan gambar oleh @RohanBeg kat bawah ni untuk dapat gambaran yang lebih jelas akan malapetaka ini.

 

Habis binatang rentung

Menurut tweet tersebut, 12 million hektar tanah telah hangus dijilat api dan kira-kira separuh bilion flora dan fauna musnah rentung. Selain itu, 24 orang terkorban setakat ini. Ini perkara serius dan perlu diambil peduli oleh semua masyarakat dunia.

Admin tengok gambar-gambar tu pun rasa sebak. Teruk sangat sampai langit pun jadi warna oren. Tak pasti pulak Indeks Pencemaran Udara (IPU) dia berapa. Nampak gayanya macam lagi teruk dari jerebu haritu.

Kalau ada benda yang kita boleh bantu, harap share sama-sama lah ye. Admin pun kesian tengok rakyat kat sana jadi tak selamat macam tu. 

Apa yang kita boleh buat hanyalah berdoa, semoga segalanya kembali pulih seperti sedia kala. Amiiinnn.

 

Baca: 9 Fakta Tentang Kebakaran ‘Paru-paru’ Dunia Yang Korang Perlu Ambil Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.