in

“Ya Allah, ingatkan kartun biasa aje” – Ibu Terkejut Anak Kecil Tonton Kartun ‘Among Us’ Versi Lucah Di Youtube

Ft Yt Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak sememangnya akan tertarik dan suka menonton rancangan kartun di televisyen. Kini, rancangan kartun bukan sahaja ditayangkan di televisyen semata-mata, malah terdapat pelbagai lagi jenis rancangan kartun yang boleh ditonton menerusi jaringan Internet seperti Youtube Kids dan sebagainya.


Kerap kali juga diingatkan supaya ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak dan sentiasa menapis rancangan kartun sebelum ditonton oleh anak-anak. Ini kerana, terdapat juga kartun yang mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak seperti unsur lucah, penggunaan bahasa-bahasa yang kesat, paparan animasi yang tidak sesuai dan sebagainya.

Seperti pengalaman yang berlaku kepada seorang wanita ini, alangkah terperanjatnya dia apabila menyedari bahawa anak-anaknya yang masih kecil sedang menonton video berunsur lucah menerusi aplikasi Youtube. 

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, dia pada ketika itu sedang menyidai kain manakala anak-anaknya pula sedang menonton kartun menerusi Youtube yang disambungkan ke televisyen.

“Tengah sidai kain tadi, Norsila terdengar suara anak-anak berebut remote televisyen. Si kakak marah adik buka kartun, adik pula menangis tak puas hati tak dapat tengok kartun.”

 

Youtube dilinkkan di TV, mudah nak pantau 

“Anak-anak tengok kartun di Youtube yang sememangnya dilinkkan ke televisyen. Jadi mudahlah nak pantau apa yang mereka tonton . Handphone memang tak bagi.”

Ingatkan mereka tengok kartun-kartun biasa, sekali tengok mak aihh! Boleh gugur jantung dibuatnya. 

Among Us

 

Ingat kartun biasa, rupanya ‘Among Us’ versi dewasa

Wanita itu pada awalnya menyangkakan anak-anaknya sedang menonton kartun yang biasa sahaja, namun ternyata mereka rupanya menonton video yang memaparkan karakater ‘Among Us’ versi ‘dewasa’ yang banyak memaparkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya.

Permainan Among Us adalah kisah sekumpulan individu berada di dalam kapal angkasa. Tengok saja cara pemakaian mereka (dalam video fan made), sudah banyak diselitkan bunyi dan perbuatan lucah.  

Ya Allah, kalau tak tahu tadi, memang dah meresap masuk dalam minda anak yang baru nak masuk 4 tahun. 

Among Us 1

Ujar wanita itu lagi,

“Mudah benar pihak musuh menjajah minda anak-anak kecil kita melalui kartun. Banyak kartun-kartun yang tidak elok seperti ini yang kita sebagai ibu bapa tidak tahu mudah untuk muncul dalam Youtube handphone anak-anak.”

 

Dah set parents control, tapi masih ada yang terlepas masuk

Menurut wanita itu, dia telah pun menetapkan tetapan parents control di akaun Youtube sebelum memberi anaknya menonton. Namun, masih lagi terdapat beberapa video yang tidak sesuai ini ‘terselit’ masuk dan masih boleh ditonton mereka.

Tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kalau mereka tengok Youtube guna handphone. Mujur sangat tak bagi handphone

Kadang-kadang kita rasa dah lakukan yang cukup baik, pantau anak depan mata, tetapi benda ni nak jadi sekejap saja.

Baca: “Pandai nak rosakkan otak budak-budak” – Link Video Seks Dijumpai Dalam Ruang Komen YouTube Didi & Friends

Baca Yt

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.