in

“Xjd bakar lemang, anak bakor kete dulu” – Padah Tak Pantau Anak Main Mercun, Habis Kereta Ayah Rentung

Fi Mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi kebiasaan kalau bulan puasa ni mesti akan main bunga api dan mercun tak kira sama ada yang kecil mahupun yang besar


Tapi tak dapat dinafikan juga, makin lama makin banyak kes yang melibatkan mercun kerana tidak dipantau oleh orang dewasa.

 

Kereta rentung dijilat api

Malang tidak berbau, itu je yang boleh diungkap terhadap peristiwa ni dimana seorang lelaki berdepan kisah yang pasti akan diingat sampai bila-bila apabila kereta jenis Iswara Aeroback miliknya rentung di depan rumahnya.

Sebuah perkongsian dimuat naik melalui akaun Facebook IRDK (Kelantan) Original dimana kejadian tersebut dikatakan berlaku di Alor Pasir, Wakaf Bharu dan dipercayai berpunca daripada anaknya yang bermain mercun lalu tercampak ke dalam kereta tersebut.

Mercun 1

 

Tengah cari kayu nak bakar lemang

Difahamkan juga ketika kejadian berlaku, si ayah baru keluar rumah untuk mencari kayu bagi membakar lemang. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat call daripada isterinya mengenai kejadian itu.

Nasib baiklah api tu tak menyambar sampai ke rumah mereka, selain api tersebut berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Mercun 2

Kalau korang nak tengok video, boleh tekan di sini.

Korang pon hati2 lah ye kalau nak main mercun tu lagi2 tinggal berapa hari lagi nak raya ni.

Sumber : Facebook 

 

Baca : “Asal raya je ada orang b***h selfish!” –  Ezzaty Abdullah Sound Orang Main Mercun Tengah Malam

Foot Mercun

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.