in

“WTF is Takwim?” – Tuduh Kerajaan Fanatik Agama, Siti Kasim Pertikai Penggunaan Perkataan ‘Takwim’ Dalam Website KPM

Anak Pak Kasim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua dah kenal Siti Kasim, peguam bersuara lantang dalam membangkitkan beberapa isu berkaitan wanita dan agama.


Kali ini nama Siti Kasim jadi sebutan lagi selepas beliau memuat naik status di Facebook yang membangkang tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan perkataan ‘Takwim’ dalam website mereka. 

 

“WTF IS TAKWIM? IS THIS BM? WHAT’S WRONG WITH JADUAL?” 

Siti Kassim melalui postingnya mempertikaikan penggunaan perkataan ‘Takwim’ yang juga sama maksud dengan ‘jadual’. Katanya, apa salah kalau guna perkataan jadual kerana takwim tu bukan berasal daripada Bahasa Melayu.

72289749 10157535542768610 2919308658573574144 N
sumber: facebook

 

“Kak Siti, saya dah nampak kita guna perkataan takwim ni sejak 40 tahun lepas…” 

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen nampaknya tak berapa bersetuju dengan pandangan Siti Kasim ni sebab kata mereka, perkataan ‘Takwim’ ni telah diguna pakai sejak 40 tahun lepas lagi atau lebih. 

Setahu adminlah, sejak dari masuk sekolah rendah lagi (tahun 90-an), kita memang dah pakai perkataan takwim ni. Tak ada pulak sesiapa yang membangkang atau kata apa-apa pada masa tu.

Takwim Fobia 2

Fobia Takwim 1
sumber: facebook

 

Rupanya takwim dan jadual berasal daripada perkataan Arab? 

Bagi mereka yang tak tahu, perkataan dalam Bahasa Melayu ni banyak dipinjam daripada bahasa luar dan antara yang paling banyak ialah daripada Bahasa Arab disebabkan budaya dan asimilasi.

Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, perkataan ‘takwim’ ini bermaksud kalendar atau almanac. Manakala perkataan ‘jadual’ pula bermaksud schedule atau chart. 

Lebih mengejutkan, kedua-dua perkataan ini rupanya datang daripada Bahasa Arab! 

◾Jadual = schedule, chart◾Takwim = calendar, almanac◾Kedua-duanya berasal dari Bahasa Arab◾Kedua-duanya ada dalam Kamus Dewan

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Wednesday, October 9, 2019

Jadi korang lagi selesa pakai takwim ke jadual? Min mana-mana pun tak kisah sebab kedua-duanya dari BM jugakkan?

Baca: “Kat Mekah pun ada jual bir tanpa alkohol ni” – Siti Kasim Minta Mujahid Berhenti Bagi Tahu Apa Yang Halal & Haram

Kasim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.