in

Wow! Proton Keluarkan Saga Edisi Ulang Tahun, Apa Yang Specialnya Model Ini?

saga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Happy Birthday! Proton Saga menyambut ulang tahun ke-35 nya hari ini sejak dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 1985. Dan hari ini, Proton melancarkan edisi baharu sempena hari jadinya itu. So, apa yang lain pada edisi ini berbanding edisi biasa?

Pertama kali di dalam sejarah, Proton membuat pelancarannya secara live di Facebook. Seperti dijangka, Proton melakukan beberapa kemaskini luaran dan dalaman bagi sedan nasional itu.


Sebagai model paling laris dalam barisan produk Proton, Saga Anniversary Edition didatangkan dengan penambahan aksesori luaran agar tampil elegan.

saga anniversary virtual

Proton Saga Anniversary Edition ditawarkan pada varian 1.3L Premium AT. Semburan warna hitam eksklusif pada Saga pertama kali ditawarkan kepada awam, sebelum ini warna tersebut hanya untuk kereta Proton kerajaan sahaja.

Manakala kemasan kuning yang menyerlah diambil dari warna edisi R3. Proton Saga Anniversary Edition itu turut dilengkapi dengan penapis kabin N95 seperti yang ditawarkan pada Proton X70.

Saga ini turut mengekalkan harga dan dijual pada RM39,300 dan ianya sama harga untuk variasi Saga Premium AT. Jangan risau kalau korang dah ada Saga keluaran tahun 2019, korang boleh upgrade bodykit korang dengan harga RM2,350 dan bagi yang bercita-cita nak ‘angkat’ kereta edisi baharu ini, korang boleh tambah RM2,035 untuk dapatkan full bodykit edisi baharu ini. Jimat la dalam RM315 macam tu..

107538702 3456197174403743 3602931388675857539 o

Dan yang paling penting, edisi ulang tahun ini hanya dijual dan dikeluarkan sebanyak 1,100 unit sahaja tau! So apa pendapat korang? Kalau simpan kereta lagi 20 tahun then resell balik agak agak berapa nilai dia?

Baca: Michael Schumacher pun puji Proton! – Rupanya Orang UK Suka Gila Kereta Proton, Akui Ia Tahan Lasak & Kukuh!

1w

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.